Ehem! pagi tadi terbaca la blog Irma ni, lepas tu nampak resepi pavlova ni, dengan terujanya dan tanpa buang masa terus bangun keluarkan telor dan bahan2 lain. Sekejap je dah siap, tapi buah2an takde la pulak. Terus la bersiap pegi ke supa cari buah, nak cari strawberry tapi musim dah takde, sakuranbo dan lain2 banyak la. Last dapat 3 jenis buah ni je, jadiklah kan asalkan buah yang masam.
Rasa dia.. hoho.. oishii!! combination manis dan masam buah2 tu sangat sesuai. Resepi senang sangat. Terima kasih Irma atas resepi dan penerangan yang panjang lebar. *Lupa pulak nak bukak link2 yang lain. Percubaan pertama ok la kot, rasa macam terlebih masa pembakaran tu, tapi tetap menjadi. Kalau rajin nanti boleh buat lagi.
Ini saya copy terus dari blog Irma. Terima kasih ya Irma atas panduan yang sangat jelas. :D
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)*sama gak
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus *tak letak
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
Sedia untuk dimakan.
22 comments:
Yeaayy..org 1st komen,bole mkn pavlova byk2..da lm teringin cr resipi yg mcm ni,akhirnye ade gak. Nmpk sedap ni kak,nk cube xtau bila..nnt buatkn tuk sy ye..:-)
mak yong!! baik cuba cepat, manis ni tau. u boleh makan satu slice je. hehe.. kejap je buat dia, dlm 2 jam dah siap. :D meh dtg kalau nak rasa air tangan aii ni. hihi..
alahai.. sangat lah pandai. ada buka kelas tutorial tak? hehe
cantik! cantik! aii nk buat jgklah later...
semangatnyer tgk...rasa nak buat gak but memandangkan ai tgh diet terpaksa telan air lioq lagik la...uwaaaa
x berani lagi nak buat pavlova sbb rasa mcm susah je..( susah ke malas..hehehe)
besh la resepi nih...kek nih yang si ibu haniszalikha jual kan...
suke penerangan yg details...Tq to asmara...nanti ade mase ingat nak cuba!! love it
wahhh menarik ni kak...tak pernah buat lagi harus dicuba nanti:)
Wah comeinya.. Sedapnya nampak as.. Mcmana ye rasanya x pernah mkn pun
Salam kak! masih didalan keadaan jakun kun wakakaka... sedap ya? mcm macaron tak? wakakaka.... tp yg paling best bila di gabungkan dgn cream n fresh fruits terus nmpk healthy :P
tak pernah mkn pavlova..apa rasa dia erk Asmara, nanti la bila2 tehingin...cantik dan lazat nmpk!
sama-sama kak. kira akak terer la. baca cara dah boleh buat. :)
aishh.. tgok akak punya ada ceri. lagi nampak sedap la pulak.
meh kita tukar sepotong. ;D
owhhh tidakkkkk pavlova? saya nak pengsan jap huhuhu..dah la kat atas tu dihiasi sakuranbo lagi ha uwaaaa nak jugakkkk
NoraEZ, ahaha.. kite pun dok tutorial ngan belog org lain. ekeke.. Alhamdulillah menjadik jugak. *senyum sampai telinga. heheh..
K Ayu, harus!! resepi senang, tp kene hati2 masa membakar tu. hihi..
Ayu, haha.. makan buah je, kurangkan gula masih ada rasa pavlova lagi. :D
Jue, nak buat senang, tp hati tu was2 jadik ke tak. dgn confident kita mencuba. hehe..
Chikadakbiru, tq to Irma, amik resepi dari belog dia. hehe.. nampak menarik dan memang sedap pun! cuma tak boleh makan banyak, agak muak. ;D
Nieza, harus jugak!! hehe..
Ita, rasanya cam kenyal2, manis, memang kena makan dgn buah masam baru balance rasa dia. try la ita. ala2 macarons jugak tp kurang manis kot!
Ika, ala u nie tangan tu pegang ape je mesti jadik! xyah nak mengada nak jakun2. ekekeke.. harus la dicuba. ;D
K Ida, kak kita pun first time makan, saje je coba2, tengok bahan cam senang je. ekekeke.. suka la aii bila menjadi. :D
Irma!! tq2!! hehe.. akk baru first time cuba, teringin gak nak rasa, tengok bahan dia mudah, Alhamdulillah menjadi untuk first trial. hehe..
Hanis! aiseh cik adik, meh dtg kalau betul nak nnti ahkak boley buatkan. hehehe..
pAVLOVA ni dah lama jadi resipi KIV. Lum pun buat2 lagi sampai hari ni. Asalnya tgk AFC Nigella Bite....cam syok jek tgk dia buat...Senang2 nanti nak try buat la...
Aslmkum Asmara
Bbrapa hari lepas ada tengok resepi pavlova juga tp kiv dulu...entah bila nak buatnya. bila dtg dapur Asmara dah siap pun...tumpang jamu mata!
sedapnya..telan air liur la kalau cam ni nampaknya..huhu
Yan, agak senang jugak yan. kene cuba nih! hihi..
Mamasya, hihi.. ala kak, nnti kene cuba gak. smntara duk rumah ni kan. hehe..
Anum, awak pun boleh buat. agak senang, tp kene share ramai2 makan. :D
Post a Comment