Thursday, July 21, 2011

Biar betik! Suhu 35C tiba2 turun jadi 13C!!!

Inilah Jepun, suhu yang tak terjangka. Sekarang ni musim panas yang suhu sepatutnya dalam lingkungan 25C-35C. Tapi pagi ni jadi 13C!! seperti waktu musim sejuk pulak. Berpunca dari taifu(taufan) Ma-on (Typhoon Ma-on) yang melanda Jepun beberapa hari ni. Taufan juga merupakan salah satu bencana alam yang sering melanda Jepun. Taufan ni dah berlalu pergi tetapi akan disusuli hujan lebat dan berkemungkinan akan mengakibatkan banjir serta tanah runtuh. Jadi kawan2 yang berada di Jepun, hati2 jika bawak payung, nanti sia2 je kene terbang dek angin. ;) Semalam petang kayuh basikal melawan angin rasa tak bergerak basikal tu. Alhamdulillah tempat kami tak kene taufan tu cuma tempias seperti angin yang kuat dan suhu yang jatuh menjunam seperti pagi ni. Minggu lepas punya panas terik tiba2 pagi ni macam kembali ke musim sejuk. SubhanaAllah.. Tapi jgn terperanjat jugak, kalau pagi ni 13C tengahari karang tiba2 akan jadi 24C. Cuaca yang extreme. :D

Berdasarkan berita malam tadi taifu ni telah menyebabkan 1 orang meninggal dan berpuluh2 lagi cedera. Juga telah merosakkan beberapa jalan dan sebuah istana lama di Kyoto. Pengangkutan awam juga lumpuh terutama penerbangan dan jalan keretapi semua ditutup sementara. Moga hari ni keadaan pulih seperti sedia kala. InsyaAllah.. Keadaan ni dijangka kembali normal dalam tempoh beberapa hari lagi. :)

17 comments:

anie,Nagoya said...

biar betik????menurun abis.lepas ni panas gila ma.thn berkipas jelah.alhamdullillah....as semua selamat.kat cini ok je.cuma ujan lebat je

ehemm...dia pun dah tukar favicon.nak tnya.saiz gmba tu cam ne?sbb kkanie cari yg saiz kecik pun tak leh masuk.apa yg tak kena?

Asmara said...

Kak anie, kat sini takde apa, cuma angin sejuk macam ada yuki kat luar rumah tu. hehe.. best gak tak panas. suhu mcm ni aii suka. ekeke...(jimat bil letrik selama seminggu, x pasang econ ngan kipas).
size gambar tu kene resize. jap gi aii mesej eh. :)

Jue said...

kak as..sini 18C..tapi dh 3 hari hujan non stop tp x lebatla..dahla "terbasuh baju" denggan byknya..terpaksa jemur dlm umah..huhu

Asmara said...

Jue, tu la, pagi ni tak hujan lg, tapi berkemungkinan ptg hujan. hihi.. akk basuh utk 5 org 2 hari mmg tak muat la. antar laundry je utk keringkan. hehe..

ijayuji said...

Salam kak! eeeeee...takutnyer! kat siam pun mcm tu jugak, kdg dah panas tetbia jer suhu jd 19 gituuu tahun lepas ada terjadi, seram jerrr seronok mmg seronok tp benda2 mcm ni kan mmg menakutkan kita huhuhu.. take care yer kak!

Syaima' said...

hihi.tulaaa.niigata tak hujan.tapi angin sejukkk tapi ada matahari. sangat nice weather!tapi hubby keje la pulakk.hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sugoi k.as kayuh basikal ngan angin kuat gini....sini dah ok sket...sebab dah 3 hari hujan pagi ptg siang malam...stop kejap ujan balek...now just angin kuat ujan dah x der...suhu sejuk pow weols buka kipas gak lepas tue carik selimut ngeeeeeee hahaha

yatie chomeyl said...

tu la, tiba2 sejuk ni..terpaksa keluarkan cardigan dan sweater nipis dari almari semula

Asmara said...

Ika, InsyaAllah xde apa kot. sebab taufan tu kan. berapa hari je ni pasni panas mencengkam semula la. :D

Syaima, jalan sorang2 pun best jugak naik jitensya. :)

Asmara said...

Ayu, skrg ni mmg sejuk, kene tutup tingkap pintu semua, menggigil masuk futon. hehe.. tp ni nmpk dah ada matahari. tengok cuaca kat widget sebelah tu skrg 15C dah.

Yatie, tu la, bdk2 kene pakai suar panjang lak gi sek hari ni. sejuk!!

Hanis MY said...

kak as sy suka makan betik haha tetiba lari topik... sini dah nampak cahaya matahari tapi tak panas sejuk2 ala2 spring aje hehe i likeee...

en hubby pun berminat nk g tgk kat sawah padi tu tapi ke tmpt kunang2 pun ktorg lupa cemana nk g hahaha takpe leh berguru dgn kak as...

Ida,Japan said...

mak ai As..mendadak giler turun suhunya...kat tempat k'ida, turun tak der la m'dadak cam tuu..dlm 23 C dari 30 lebih..emm..nyaman seketika, lepas ni amik ko...sama cam anie ckp, b'kipas2 ler..huhuhu.panas pelik kt Jepun ni

Afikah Aziz said...

wah akak ni pun duk jepun gk erk..ika ingt kak hanis je hehe,salam perkenalan kak :)

Asmara said...

Hanis, hehe.. xpe nnti apa2 roger2 tau.

K ida, tu la kat sini mmg cepat betul suhunya naik turun, tp mmg mcm tu kak ida.

Hi Afikah, salam kenal. terima kasih datang melawat. ;)

Nieza said...

sejuk tu sama mcm kat finland ni juga..kalau mlm suhu turun juga tapi bila siang kekadang panas sampai 32 degree c pula....sabar jer la dgn cuaca sekrng ni kan.

Ain SSB said...

Woahh, jauhnya lari! Tapi kat england ni pon cuace tak menentu! Orang putih selalu marah...diorang kata time summer, mmg tak rasa macam summer. Asyik sejuk & hujan. huhu.

Asmara said...

Nieza, tu la mendadak sungguh, rasa mcm spring pulak skrg nih. tp beberapa je nih, lepas ni panas terik balik.

Ain, mcm kat msia je panas dan hujan. hehe..