Tuesday, June 7, 2011

Sampah@Gomi di Jepun

Kalau anda berada di Jepun rasanya susah nak jumpa sampah sarap bersepah2 kat sana sini. Minda mereka terhadap kebersihan alam sekitar sangatlah tinggi. Sebab tu la orang Jepun ni kurang daya tahan penyakit. Sebab terlalu menjaga kebersihan diorang senang dihidapi penyakit. Tapi kat sini susah betul nak jumpa tong sampah, kalau berkelah atau jalan2 mesti bawak balik semula sampah. Kami pun tension kadang tu nak buang sampah tapi tak ada tong. Bawak balik buang kat rumah atau pun singgah mana2 kombini (kedai 24hours) buang kat dalam tong2 yang disediakan. Nak buang pun kene asing ikut botol, tin, kaca, kertas dan sampah basah. Bagusnya walau tak ada tong sampah tapi tempatnya tetap bersih. Sebab orang2 Jepun ni dari kecil dah diajar cara membuang sampah yang betul. Contoh, tengok Haziq pun kalau makan gula2 sampahnya disimpan dalam kocek. hehe..

Disebabkan tiap2 rumah perlu buat pengasingan sampah jadi kami pun kene ikut cara mereka jugak. Semua sampah perlu diasingkan mengikut kategori, nampak macam rumit dan leceh mula2 tu, tapi bila dah lama2 kita dah biasa. Bagi bandar kami, pihak shiyakusho(city hall) membuat peraturan setiap sampah perlu diasing dan dibuang dalam plastik2 yang disediakan. Ok plastik2 ni bukan diberi percuma, kami perlu beli plastik sampah ni di pasaraya. Harga setiap helai plastik adalah 50yen. Biasa dijual satu plastik 500yen (ada 10 helai). Oh bayangkan nak buang sampah perlu beli plastik. Kene beli 3 jenis plastik bukan satu. Jika dalam ringgit perlu beli plastik sampah RM18 ataupun rm1.80 selai untuk dibuang sampah dalamnya.
Ini plastik yang digunakan untuk buang sampah2 basah, seperti makanan dan diapers. Biasanya saya akan buang sampah dalam plastik yang kecil kemudian diikat kecil baru dimasukkan dalam plastik besar ni. Penggunaan plastik ni paling kerap, sekurang2nya seminggu 3 atau 2 plastik digunakan. Sangat berjimat guna plastik sampah ni. hehe..
Ini pula plastik untuk membuang sampah2 yang tak boleh bakar, contoh tin dan botol kaca. Plastik ni jarang guna, biasa saya akan kumpul banyak2 dulu dah penuh baru buang. Jimat tak jimat tak! :D. Lagi satu tin2 dan botol2 ni perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dibuang.
Ini pula plastik untuk botol2 plastik yang boleh dikitar semula. Ini pun sama saya kumpul dulu dah penuh baru buang. Untuk minyak masak pun sama, lebihan minyak perlu dibekukan terlebih dahulu sebelum dibuang. Serbuk untuk bekukan minyak ada dijual di pasaraya. Tak boleh suka2 je nak buang dalam sinki. Tapi saya kadang tu buang kat tanah je. hehe..nasib baik duduk rumah ada tanah. ;)
Tong sampah dalam rumah untuk memudahkan pengasingan.
Untuk kotak pun sama perlu diratakan dan diikat. Untuk kotak susu perlu dibasuh sebelum diikat. Act. untuk kotak susu kami hantar kat pasaraya tempat recycle kotak susu. Rumah kami ni sehari sekotak guna susu fresh milk tu.
Sampah2 yang telah diikat akan diletakkan dalam kandang sampah ni. Kalau sampah anda tak mengikut peraturan lori sampah tak akan ambil sampah tu sampai bila2. huhu.. Sebelah kiri tu untuk sampah basah, manakala kanan tu untuk sampah yang lain termasuk kotak.
Sampah2 akan diambil mengikut jadual yang ditetapkan. Di setiap kandang akan ditampal jadual pembuangan sampah. Untuk sampah2 lain yang besar, contoh tilam, kerusi, meja dan lain2 pun kene bayar jugak. Kene beli sticker sampah mengikut size barang tu. Sticker ni pun kene beli di pasaraya. Kalau kerusi lebih kurang 200yen. Lori untuk sampah besar pun ada hari2 tertentu datang mengikut jadual. Untuk barang2 letrik pun sama, nak buang kene bayar dan agak mahal. Jadi ramailah yang berjimat cermat menggunakan barang letrik. hehe..

Kalau tengok rumah orang Jepun banyak sangat simpan barang, oh ye size rumah Jepun adalah kecil2 belaka. Susah nak jumpa rumah besar, kecuali di kampung2 macam tempat saya banyak rumah sebiji dan besar. Rumah kecil sebab musim salji tak terlalu sejuk, kalau gempa bumi strukturnya masih kuat dan dapat bertahan.
Inilah rumah kami duduk sekarang. Kami duk tingkat bawah. Sebelum ni duduk rumah kayu, sekarang rumah batu. Gempa kecil kurang rasa, tapi kalau gempa kuat rasa jugak. Kalau rumah lama tu goyang sikit je dah rasa nak lari dari rumah. Sejak peristiwa 11 Mac tempohari hingga sekarang ni gempa susulan masih banyak kali terasa. sampai dah lali sangat bila rumah bergoyang. huhu.. InsyaAllah gempa kecil2 masih boleh bertahan lagi, dan didoakan tiada lagi yang lebih buruk lagi dari haritu. Amin..

20 comments:

Hanis MY said...

i like this entri...dh lama nk cerita pasal gomi tapi lum kesampaian... wee kak as dah stori mori nanti hanis leh letak link je... betul tu ka as tiap2 hari pun ada gempa wiken lepas kuat jugak la tersedar dr tidur...wewittt tak sabar nk g jaln sana... sudikah menerima kunjungan kami lagi?

Asmara said...

My dear Hanis! hehe.. kecik tapak tangan satu yone kami tadahkan. meh la dtg rumah baru pulak. hehe... *psst jgn lupa kek cekelat eh. hahaha..

ijayuji said...

Salam kak, betullah! betullah! org2 kita ni dah LIAT pendek kata mcm babat ahahaha.... nak2 yg dlm keta amboi amboi amboiiiii senang ajer dia melontarkan sampah jajan ke luar huh! kalau kat jepun nak buang sampah kat tong2 dia org pun kita takut2 takut silap n mata2 org yg dekat2 dgn tong ni bukan main tgknyer wakakaka... kita biasanyer kalau nak buang sampah tanyer laki kita dulu wakakakaka... sengal punyer budak!

Don & Nor said...

setujuuu...ms duk korea pun dah terbiasa mengasingkan sampah sarap dan biasa kena bwk balik smph kerumah. sist. buang smph kat jepun lbh kurang sama dgn korea.skali bila balik m'sia sayang plak rs nak buang brg recycle mcm tu jee...so, kengkadang tu asingkan gak botol2 n kotak. baik x kita???hihi...

Kamalia said...

best2..suka entry nih..nak `like` byk2 kali..hehehe,tiru ayt akak.sib baik kat tmpt kami msh bole guna plastik biasa je.oh,bunag brg elektrik yg kecik2 tu msh bole lg,free,xyah bayo..cam heater ke, kipas ke,stove ke,sume msh free.eh,minggu ni rsnye lom ade jishin lg kot..ke dah ade?hahaha,kdg2 sampai xterasa dah.

Unknown said...

bila dah dididik dari kecik, semua akan tahu bagaimana nak buang sampah dengan betul ya As. Kat Malaysia kalau buat gitu, menjadi tak ekk?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kami selalu kantoi tang buang botol sebab malas nak asing kan botal ngan penutup...itew la sini bersih kat air longkang pow x der sampah x der bau bagai...kouen lagik la..best bersantai...dok harap mesia leh contoh jadik gini nanty :))

kew_chop said...

mahal gak plastik gomi kat sana. sini boleh beli yang 100yen 10keping tu jek. tapi bestkan nihon, bersih jek manjang (^o^) bila la negara kita nak ikut camni, huhu..

Asmara said...

Ika! haha.. tau xpe. kita pun kalau nak buang tengok betul2 tong tu, takut salah je, kang ada je mata2 memandang. hehe..

Nor! kan! bagus la dpt praktikkan kat msia jugak. harap2 ramai la yg sedar kan!

Asmara said...

Kam! tu la lain bandar lain plastik. tapi tetap kena asingkan ye dak. Ahad haritu ada jishin kuat jugak. Pusat kat Fukushima nun, oh jauh ke iwate x rasa kot.

Kak Yus, tu la kalau praktis dari kecik mesti boleh kan. tp org tuanya pun kena la ikut sama. hehe..

Bibu said...

mula nak sesuaikan diri gan sampah2 kat sini memang tension.lagi2 makcik2 yg bising.skrg...makcik anie lak yg bising.n dah terbawa2 ke mesia.pasti buang smph dlm tong sampah.dulu2 kalo drive kita selalu senang nak buang smph dari tingkap ketekan?tp skrg kkanie sayang mesia tak mahu mesia dikotorkan.maka kedisplin org jepun pasal smph kkanie cuba di mesia.mari kita sesama jg mesia terus bersih.

Asmara said...

Ayu, kan sampah dia mmg takde bau sangat ek. hehe.. mmg dijaga betul kebersihan kat sini. tu yg best duk Nihon ni. :D akk paling suka esp. toilet la, paling senang hati nak masuk. hihi...

Murni, tu la lain shi lain peraturan rasanya. Orang mesia mentang2 ada tukang sapu sampah, sesuka hati buang sana sini. tak rasa bersalah pun ek buang sampah merata2 nih. huhu...

Asmara said...

Kak Anie, bravo!! hehe.. tu la kita yg ada exp. ni patut praktikkan kat msia, ajar jugak orang2 sana buat macam kita buat, pasti msia akan bersih dan indah. hehe..

Unknown said...

sungguh sistematik yer...kalo kat sini main campak2 jer...hehe

nur easy said...

pembersih kan kat sini.. suka pulak tgk lori sampahnya.. dah la bersih, berkilat, siap berlagu2 bagai..;)

Juwita Jamaludin said...

Best this entry... Ita kat danchi ni siap tulis no rumah so buang kena betul2.. So suka sgt.. Sebab jadi disiplin walaupun banyak nsk asingkan.. Hihihi

Asmara said...

Papa Mifz, sebab tu kalau boleh kita ikut amalan yg baik ni kan. :)

Nureasy, kan! hehe.. bau pun kurang. :D

Ita, kalau kat msia buat macam tu kan bagus, lagi2 yg duduk rumah bertingkat. mesti bersih dan aman je rasa. :D

Idayu said...

kwn akk dulu siap org tuh pulangkan blk sampah sbb dia salah sort..he3..
lg teruk kwn kat tokushima kata, kat kaikang tmpt dia tuh ader pak guard yg siap pasang cctv sbb nk tgk org buang sampah ikut peraturan or tak..so kalu ader salah, senang dia nk detect sapa pesalah tuh..adoiiyaii...

tp betullah kan, kat sni lain tempat lain cara pentadbirannya. warna plastik sampah tuh x sama dgn sni..

Asmara said...

Kak Ayu, kaikan mmg la ramai gaijin, gaijin2 ni la yg maleh nak ikut peraturan. haha.. sini pun bdk2 cina tanah besar tu la, selalu buat spoil. tp sini ada sorang ojiisan tu yg rajin tolong bersih dan kemaskan tmpt sampah tu. dia la yg tolong asingkan sampah2 mana yg tak betul. tp diorang ni mmg sangat particular bab2 sampah ni kan!

Anonymous said...

Nak bertanya apa nama serbuk yang bekukan minyak? Try cari kat Malaysia tapi tak jumpa... :(