Tuesday, June 28, 2011

Roti Bakar Sardin Mayonis

IMGP9196
Bismillah, jemput breakfast roti. Menu orang malas bangun pagi terus bukak tin sardin, campur mayonis, amik roti sapu tomato dlm tin dan sardin atas roti, letak cheese dan tunggu bakar. Tak 5 minit dah siap. :D

Pagi ni nampak cerah, tapi cerah jangan sangka tak ada hujan (seminggu ni hujan tiap2 hari). Matahari tadi malu2 pulak nak keluar, tadi keluar kejap pastu nak nyorok balik. Plan basuh baju tertangguh lagi. Kaya la laundy coin minggu ni, penuh dengan org je. Kene kumpul banyak2 baju baru berbaloi pegi hantar dryer. Tengok tenki(ramalan cuaca) kata petang ni hujan lebat beserta kilat. huhu.. jarang sangat la nak jumpa kilat atau dengar guruh kat jepun ni. Setaun boleh kira beberapa kali je. Seminggu ni jugak la terperap kat rumah, tapi semalam keluar jugak meredah hujan. Suhu tak terjangka minggu ni, minggu lepas panas hingga mencecah 30C!! tapi sejak hujan tempohari suhu pada waktu siang dalam 15-25C! tapi waktu malam boleh pulak mencecah 10C! huhu.. Suhu badan pun ikut naik turun gak ni! tp Alhamdulillah budak2 tak demam cuma ada batuk sikit, bagi ubat baik terus.

Beberapa tempat kat wilayah kami dah naik banjir, tapi tak teruk sangat. Kesian Jepun bencana apa je yang tak ada, semua ada, banjir, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami, gunung berapi, taufan. Semua dia rasa... tapi negaranya tetap bertahan. Rakyatnya pun dah diajar macamana nak hadapi bencana, sebab tu kalau tengok orang Jepun ni kene bencana diorang tak panic, tak berlari2, menjerit2 dan meraung, sebab mereka dah diajar cara untuk hadapi bencana dengan tenang dan bertindak mengikut arahan. hehe.. ni apa yang saya tengok la dan alami. tapi tetap la lari menyelamatkan diri kan! macam aii haritu kan, masa gempa 11311 dah lari keluar rumah sambil menangis ketakutan. Tengok nihonjin lain cam relax je. iya lah kita tak pernah rasa keadaan mcam tu memang la terlebih emosi. eh melalut pulak. wii.... hujan dah makin lebat kat luar tu, meh la kita sambung tido sape2 yang duk kat rumah tu. :D. Nak resepi roti cepat dan sedap ni tak!

Bahan2,
  • Roti putih 2 keping
  • sardin
  • mayonis
  • chopped tomato (dlm tin)
  • cheese (apa2 pun boleh)
  • sos cili\mustard\sayur (optional)
Cara-cara,
  • Campurkan sardin dan mayonis
  • Sapukan tomato atas roti seterusnya sardin dan mayonis
  • taburkan cheese
  • bakar pada suhu 200C ikut kesesuaian oven masing2

13 comments:

ijayuji said...

Salam kak! malas apanyer! kalau malas akak terus makan dgn tin2 tu sekali! wakakakaka.... byk kerja tu kak nak ambik tin sardin tu pun guna tenaga jugak nak bukak tinnyer lagi itu lagi ini lagi haaaa...byk kerja tu tau!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ni menu orang rajin...ayu bfast maggi jer ini lagik PEMALAS...lepas buat bento kat adam tataw nak makan apa..paling cepat maggi la...dah lama x makan kebetulan stok baru sampai dari mesia hahaha....kat tempat ayu hary ni baru nampak matahary...alhamdulliah but ptg tgk tenki ada hujan gak...kira sempat jemur baju gak la...:))

Hanis MY said...

mana ada bekfes malas rajin la tuuu..

ha ah rini patutnya sendai ujan tapi tak ujan pun... sian kan kat sini seme bencana alam ada tapi tengok tmpt jugala.. ada je yg terhindar...

Amie said...

wah....menu org malas mcm kak amie...sarapan main beli je, ini kira dah cukup bagus!

Kamalia said...

ni dah cukup rajin dah ni kak..kot sy, bg mkn honey star jek..hahaha..tp,nmpk sodap tu.nak cube gak..:)

Unaizah said...

Japanese memang persevere. Semangat juang diorang tinggi tul...

Umie said...

akak..saya kalau malas tak masak terus..kekeke

tapi mmg pun kalau malas nak buat doh pizza..saya buat pizza guna roti putih nie aje..hehehe

Juwita Jamaludin said...

As sedapjnya breakfast malas awak ni.. hhihi ni yang nak pergi beli roti ni oishisou

Asmara said...

Ika! haha.. sambil pejam mata je tarik pembuka tin tu. ekekeke..

Ayu! meggie! hihi.. stok ada, tp lama sungguh x makan, bebudak suka la. mak budak x berapa nak mkn. hirup kuah boleh la. hehe..

Hanis, tak jadik thundercat! ujan renyai2 je tadi, tp masih ada sejuk2 sikit la.

Asmara said...

K Amie, huhu.. kalau boleh beli bekfes, boleh kira ngan jari berapa kali sebulan masak pagi. hahaha...

Kam! selalu kalo ada roti wat cenggini je. kalo xde roti makan je apa yg pon. haha..

Unaizah, yup betul tu! :D

Asmara said...

Umie, ujan2 lapo je perut. kene makan gak! oh x lama lg nak pose. berdiet la kite. hehe..

Ita, nak soh cik BM bekerja pun malas, beli gak roti. hehe..

fazian.batrisyia said...

As, itu bukan resipi org malas. Org malas tak buat apa2! Kat sini pun hujan lebat tu....opis tkt atas sekali...lagi la dengar kuat hujan tu...

Asmara said...

Yan, hujan best sejuk!! tp kalau non stop risau jugak kan. hihi..