Monday, June 27, 2011

Asus Eee Pad Transformer - My review

Hari ni buat sedikit review berkenaan Asus Eee pad Transformer ni. Boleh transform jadi macam2. ahaha.. Baru pakai sehari boleh review sikit la. Tujuan asal beli memang nak guna pun sebab laptop yang ada sekarang berat nak bawak ke sana sini. Act. papa yang lebih memerlukan. Mama tak ada pun takpe. Takat mama pakai apa sangat la kan, setakat tengok movie, blog, fb, baca2 itu ini dan lebih2 untuk budak2 main game. Kat rumah ni pun dah ada 1 desktop dan 1 laptop, dan ada iphone pun untuk internet.
Act. awal2 dulu nak beli ipad tapi sebab ipad ni sama je fungsi dia macam iphone , seperti iphone yang dibesarkan saiz jer, so cancel la. Survey punya survey keluar la pulak model eee pad ni pada bulan Mac lepas. Di Jepun kene buat pre order sebab keyboard dan beberapa aplikasi perlu ditukar ke bahasa Jepun terlebih dahulu. Jadi secara rasminya siapa yang dah buat preorder awal di Jepun akan terima eee pad ni pada 25 Jun 2011. Asus eee pad ni guna sistem yang berlainan daripada ipad. Guna OS (operating system) yang bernama android. Andriod ni sistem yang macam windows, ios (apple) dan lain2 os berkaitan. Kan ada telefon Android, HTC, Samsung galaxy tu!

Untuk size hard disk ada 32gb tapi menariknya storage boleh ditambah guna pen drive/hard disk guna usb, mini sd card atau sd card (2 usb, 1mini sd card, 1 sd card) tanpa limit! Selain tu juga, ada hdmi output untuk sambung ke tv atau projector. Camera pun ada 2 (depan 1.3 megapixel, belakang 5 megapixel) best kan! ada earphone jack, speaker, microphone. Beratnya ialah 680g (ipad2 601g). Ada satu kaler je iaitu Brown. Paling menarik ada keyboard dock (keyboard yang boleh ditanggal), dan ia boleh bertukar jadi laptop (kena jerit 'transform'! baru dia docking) hehe... Bateri untuk tablet jer boleh tahan dalam 8 jam, kalau sambung ke keyboard docking boleh sampai 16 jam.

Dari segi application memang kurang jika dibandingkan dengan apple applications utk ipad/iphone. Beberapa program yang sedia ada ialah polaris office (iphone\ipad takde), you tube, internet browser. OS android 3.0 nih baru keluar bulan 3 tahun ni, so application masih kurang. Tapi kelebihan android nih boleh multi-tasking. (boleh buka lebih dari 1 apps dalam satu masa) dan boleh main flash (online video selain you tube, online games) *iphone\ipad tak boleh bukak flash kan! Walaupun kurang apps. tapi boleh pakai internet macam pakai kat komputer. Software dia pun tak perlu risau sebab sentiasa ada update tak macam apple yang kene beli accessories lain.
IMGP9182
Tablet dia tak bercalar walau digores macamana pun, sesuai untuk aii yg ada 2 anak laki ni. Lain2 lebih kurang macam ipad jugak lah, touch2 screen, ringan dan boleh guna tablet je untuk buat apa2 kerja. Ok last untuk harga pulak, di Kakaku.com dijual dengan harga 51,099 yen (tak termasuk pos). Di Malaysia tak silap dalam RM1800. Serba sedikit review, tapi tak lama pun akan keluar Samsung Galaxy yang katanya lebih banyak multi taskingnya. Nak tau lebih lanjut berkenaan Asus eee pad Transformer ni boleh tengok video nih.

Rajin pulak aii nak review, ekekeke.. anyway thank you so much to mr asben yang tolong explain serba sedikit bagi lebih paham. Kot2 la ada yg nak beli jugak kan! tapi suri2 rumah tak pakai pon xpe kan! :D

*psst.. suhu malam tadi adalah 10C!! dah summer ke belum ni. hujan non stop beberapa hari ni. Tido je best sambil pegang eee pad! hihi..

12 comments:

Hanis MY said...

huwaaaa manyak syoknya pakai itu eee hanis ni buta it sket tang gadget and segala bendalah lain hehe... ada pro n cons dia la eh, thanks for sharing.. harga leh tahan jugak uhuk2...

p/s: kat sendai hujan dr semalam sampai la hari ni... sejukkkk....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ngan gadget nie memang x menang tangan nak membeli la kan kak as...beli yg itew tup tup next month kuar yg latest plak...haru betul x sempat nak kejar...but yg ayu suka tablet x calar tue sebab biler adam pakai agak GANAS hahahaha...

nota ibu jari manis ai::suhu turun mendadak kan...semua tue ramai x cihat...badan jadik confuse kejap

Asmara said...

Hanis, harga mcm ipad gak tp murah sikit kot. tp xpe yg ni dia sentiasa update apps dia dan boleh dpt free. kalau ipd kene beli lain untuk keyboard. :)
*Kat sini hujan non stop dah beberapa hari. ada tmpt banjir dah. huhu..

Ayu, tula salah satu yg best tak calar, tau2 je la anak2 lelaki ni. hihi..
*hujan camni nak keluar pun leceh kan!

yatie chomeyl said...

kat sini pun hujan lebat 2 hari berturut2 tapi sebelum hujan tu, ya ampun panas nya lah

ijayuji said...

Salam kak! menda ni kak????? kita ni buta2 pasal gadget2 niii :D tapi kalau org bg tak buta wakakakaka... comel arrr! nanti nak belek2 lah! kot2 berkenan leh demand besday prezent mintak yg ni boleh gitu?? ahahaha.... oh tidakkkkkkk!!!

Juwita Jamaludin said...

salam As.. sana tak panas lagi.. tak aci tul. kat sini ramai yang demam sebab panas.. wah bagusnya review... nampak menarik je

Asmara said...

Yatie, baik ujan dari panas terik. hehehe...

Ika, amboi kalo org bagi terus celik la tu. hahaha.. mntak jgn x mintak ye!

Ita, so far taun ni baru sehari yg betul2 panas, belum masuk ogos lg nih. huhu...

anie,Nagoya said...

relex le As.kang panas dtg berkipas 24jam.kat nagoya dah panas teramat.tp kita kene bersyukur.itu semua dari Allah.alahai....mulalah nak jd ustazah terbalik ni...hihihihi

Asmara said...

k anie, nak masuk panas la ni hujan seminggu. lepas abis musim hujan ni siap la berkipas, econ xleh bukak kita kene sahut seruan kerjaan berjimat menggunakan letrik. ahaha...

nur easy said...

menarik.. dah pegang2 juga kt kedai, dh tgk demo, tatau nak bawa balik ke tak..kih2

Amalina Jr said...

Salam..kite mempunyai gadget yg sama.. seronok pakai eee pad nie..sambil baring baca blog nie..hehe

Cik Sara said...

O mak ngai... ketinggalan zaman rupanya.. ahaks.. Ini pun sebab ternampak dekat Chopp! TV9 setelah sekian lama tidak menonton TV.. Upa-upanya dah lama di pasaran ek? Aih
(-o,-)"