Saturday, June 18, 2011

Homemade Takoyaki

takoyaki

Takoyaki ni buat semalam untuk minum petang merangkap dinner sekali. Puas hati kalau buat sendiri boleh makan sampai kenyang. Ada yang nak resepi, hehe.. resepi dia senang je ikut belakang paket tepung takoyaki tu. Tapi boleh jugak guna tepung gandum cuma rasanya tak begitu asli la. Kalau di Msia bahan2 ada dijual di pasaraya Jusco, japanese section. Paling utama kene ada acuan takoyaki, kalau tak ada boleh guna acuan kuih cara (yang bentuk bulat).

Bahan-bahan
  • 250g tepung takoyaki (kalau guna tepung gandum tambah sedikit garam dan gunakan dashi penganti air) *dashi = air rebusan fish flakes.
  • 2 biji telur
  • 700ml air
Bahan Isi
  • tako(sotong) - direbus dan dipotong kecil
  • kubis - dicincang halus
  • daun bawang (optional) -potong halus
Bahan Topping
  • mayonis
  • sos okonomiyaki - (Worcestershire sauce pun boleh kalau susah nak jumpa yg boleh makan)
  • Katsuobushi@fish flakes@ikan parut
  • serbuk nori halus
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan2
  • Kacau hingga tak berketul
  • Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak sikit
  • Tuang adunan tepung ke dalam acuan(separuh acuan).
  • Masukkan bahan2 isi ke dalam tepung.
  • Tuang lagi adunan tepung hingga menutupi isi
  • Tunggu hingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik2kan sehingga jadi bulat dan keperangan. (gunakan lidi)
  • Taburkan fishflakes, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.
  • Makan waktu panas sangatlah sedap!!

12 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

bestkan leh makan masa panas2...sekali berebut ngan anak...best siap theyolls join masak sekali...

Asmara said...

Yosh! Ayu mesti jadi yg first!! hehehe.. betul tu budak2 ni mmg la rajin menolong. pastu penat nak mengemas sepah sana sini. tp yg penting diorang enjoy!! hihi..

nur easy said...

sedap nih ;)

kak ina kl (1) said...

tunggu anak dara balik barulah akak buat balik takoyaki ni.


kalau kat malaysia ni pantang lepa..skrg ni mcm tak selamat duk kat malaysia

Asmara said...

Nureasy, ahah... tau xpe. hihi..

k ina, makan ramai2 baru best kan!

Ijan said...

Salam As,
selalu terliur tengok takoyaki ni...mcm best sangat... bila lah boleh merasa ni..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ahahaha kebetulan masa akak post n3 ayu pow on9 hikhikhik

Juwita Jamaludin said...

salam As.. takoyaki sedap mkn panas...kan.. alamak tepung ada tu ni yang rasa nak bertakoyaki gak ni..:)

Asmara said...

Ijan, nnti2 boleh la rasa mknn jepun ni. sedap tau!

Ayu, hehe.. xpe aii suka! :D

Ita, kalau dah biasa pejam mata pun leh siap. ekeke..

fazian.batrisyia said...

sedapnya nampak...dah la puasa nih...ada yg ke Jusco ni pi beli jek...

Asmara said...

yan! buat sendiri je puas hati. hehe.. jusco cam mahal je. :D

アヌム ちゃん said...

baru makan semalam..heeee