Thursday, June 16, 2011

Hilang barang di Jepun?

Hari ni nak cerita sikit tentang pengalaman tertinggal barang di Jepun. huhu.. bukan sekali barang2 berharga kami tertinggal tapi ada banyak kali gak. Terfikir nak buat entry ni sebab semalam papa tercicir dompetnya. Kisahnya semalam papa call tanya ada jumpa tak dompet dia kat rumah, puas la mengeledah mencari2 tak jumpa pulak. Hati tu dah berderau jugak la kan, sebab semua benda2 penting ada dalam tu, termasuk alien kad mama yg selalu je menumpang dalam dompet papa. Mesti susah hati kan kalau dompet hilang, lepas tu suruh la ingat balik pegi mana dan cuba cari balik tempat yang dia pegi tu. huhu... 20 minit lepas tu, papa call tnya lagi jumpa tak. wee.. mama kata memang tak ada kat rumah. Pastu dia kata tak ada jugak. hwaa.. hati manyak susah. tapi lepas tu dia gelak, kata Alhadulillah masih ada rezeki. pheww.. syukur. Rupanya dompet papa terjatuh dalam library. Isk.. ntah berapa lama la dompet tu kat dalam tu. Tak ada orang perasan ke atau orang buat2 tak perasan. Tapi boleh dikatakan orang2 Jepun ni jenis tak amik kisah pasal hal orang sangat. kalau bukan barang dia mmg dia tak akan usik agaknya. Tapi ni kira masih ada rezeki la kan. kalau ada yg tolong ambil pun mungkin dia akan letak kat kaunter. Papa kata masa tu kat library memang penuh orang pun. Alhamdulillah..

Kisah kedua masa balik dari Msia tempohari, kami naik keretapi dari Narita Airport ke Ueno sebab nak balik Yonezawa naik shinkansen. Sejam jugak perjalanan, dengan bawak beg sandang dan budak yang keletihan semalaman dalam flight (beg besar kami pos dari Narita ke rumah) hampir tertido dalam keretapi. Masa dah sampai tu kelam kabut jugaklah nak keluar dengan budak2 ni. Dah keluar stesyen baru perasan camera tak ada. hwaa.. DSLR tu! walaupun bukan yg mahal tapi mahal la jugak. Ini yang leceh bawak camera bagak. Cepat2 la patah balik nak turun bawah. Tapi sebab tiket dah punch out nak masuk semula kene la beli tiket baru. Last2 papa pegi kat kaunter, beritau barang tinggal, orang tu bagi masuk tapi tak sempat pun nak turun bawah drebar keteapi tu dah naik bawak camera kami. huh! lega. Alhamdulillah... masih ada rezeki dengan camera tu. :D

Kisah ke tiga. My iphone! pernah tertinggal kat atas kerusi tempat rehat di supa(pasaraya). Dah bangun nak tekan lif, baru perasan telefon xde. laju2 la pegi semula kat kerusi duduk tadi. Alhamdulillah masih ada. Kebetulan masa tu memang orang ramai sangat sebab tu tempat orang rehat dan makan2. Syukur.. hikhik..

Jam pun penah tinggal kat dalam toilet tp ada lagi, syukur masih ada rezeki. Act. kan saya memang tak pernah rasa was2 dengan keselamatan barang di Jepun.(buat masa ni). Kalau kami jalan2 bawak stroller, saya selalu sangkut beg dan camera di belakang stroller, kadang tu saya tinggal macam tu je kalau nak mengejar budak2 ni atau telek2 barang. Tapi kalau berjalan di bandar2 besar yang terdapat ramai gaijin(bukan orang jepun) terutama bandar Tokyo kene hati2 la kot. Bandar besar ramai je orang terdesak duit kan. So far kami duduk di sini jarang sangat dengar keluar berita orang mencuri atau merompak. Kalau ada pun kes kehilangan basikal je kot. Itupun masuk tv tau! sebab tak ada berita lain yang hot, curi basikal pun boleh masuk tv. (Ini di yonezawa) tempat lain mybe ada la macam2 kes.

Tapi memang susah nak jumpa kisah rompakan rumah, rompakan bank tu adalah(ini memang akan jadi hot topik). Berita jenayah kat sini lebih kepada kes bunuh orang, orang jepun ni kadang banyak masalah dalaman, rasa cam tak puas hati je bunuh orang tak pun bunuh diri sendiri. huhu.. Diorang jenis tak bz body pasal orang lain, kalau duduk dalam keretapi orang jepun ni dia tak akan tengok orang (tengok gak lak kejap), kat tangan diorang mesti ada buku\majalah atau telefon takpun dengar ipod, ataupun paling senang diorang tutup mata dan tido. Ini yang saya nampak la. Macam saya pakai tudung mesti ada yg tengok sekali tp takde la pulak sampai tenung2 lama macm pelik sangat.

Teringat la pulak kisah waktu kami ala2 honeymoon kat Italy dulu. oh tidak! ini betul hilang punya. telefon kami mmg kene curi! masa tu dalam keretapi eurostar dari Pisa nak ke Venice. Kami tertido dalam kabin, memang tak sedar ada orang masuk amik telefon, nasib baik barang2 lain dalam beg yg dijadikan bantal. huhu.. Europe antara negara yang ramai homeless nya. pencopet banyak terutama di kawasan pelancongan. Hati2 la kalau nak melancong ke europe. Tapi UK masih ok lg, orgnya ramah dan berbudi bahasa. Ini pandangan saya je. Eh tapi kami pun ada pengalaman tertinggal camera kat Rom masa tu. ahaha.. selalu betul terlupa, tapi masih rezeki dapat balik, tertinggal kat tangga waktu berhenti rehat, dalam 1km jugak dah jalan baru teringat camera, laju2 la asben lari tengok balik. Alhamdulillah masih ada. Camera tu sekarang dah jadi perhiasan dalam kotak. hehe..

Kesimpulannya, buat masa ni saya rasa masih selamat duduk di sini, even kalau keluar rumah pun pintu tak pernah berkunci, tingkap pun tak bertutup (tutup jaring je sekarang dah panas). Kalau kat Msia..huhu bukan nak kata apa, pantang lepa je, mmg sekelip mata akan hilang kot! :)

psst.. jalan2 pakai tudung kat italy masa ni ok lagi kot. xde plak org pandang2 semacam, saya masuk vatican city lagi. Kalau di jepun pasal agama diorang masih tak kisah lagi, tak ada diskriminasi disitu. :)

24 comments:

Amie said...

assalam,
org jepun mmg tinggi tahap nilai murninya...

nur easy said...

betul tu.. kali pertama jejak kaki di sini, mmg takda rasa bimbang tgk org2nya.. tp, bila blik malaya, seram sejuk tgk keliling..;)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

SETUJU wahai k.as
kawan ayu tertinggal iPhone dalam toilet sampai umah baru perasan ...polis call husband dia cakap suruh dtg ambil ada nihonjin bawa iPhone tu bagi kat polis....murni hati dia org kan walaupun bukan org islam...bukan nak kata if benda hilang kat mesia % nak jumpa sangat nipis sebab nilai jujur makin terhakis dalam diri masyarakat kiter, owh ni reality yg harus kiter accept. :((

Hanis MY said...

betul tu kak as, kat sini orgnya bertamadun huhu kat mesia? pengsang! mmg rasa selamat walaupun tak kunci rumah... tabik dgn org2 kat sini...

Mrs Azuhaizat said...

betul orang Jepun memang jujur dan amanah, orang europe tak berani cakap kalau macam kat Jerman pun ok as long as betul2 org jerman kalau foreigner tak berani jamin..

Hanis MY said...

eh lupa plak nk cakap...kak as apdet la citer hanimun di italy tuuu... nak juga baca hehe mesti besh!

~ yus ~ said...

murninya hati orang Jepun...kalau di tempat kita kejap je dah lesap tu kan As

Asmara said...

Amie, itu yg best. kita rasa agak selamat sikit. :)

Nureasy, huhu.. tau xpe. balik msia je terus peluk ketat2 hbag.;)

Ayu, kan! kat sini InsyaAllah kot kalau ada rezeki dpt la balik, tp kat msia tu susah nak kata. seminit je pun boleh hilang. dan siap usaha gigih lagi nak mencuri rumah orang. huhu..

Asmara said...

Hanis, kan! rasanya kat msia tu kalau rakyat hidup senang dan tak terdesak sangat diorang pun tak mencuri kot. skrg dgn harga brg makin naik tentu diorang pun pening kepala dgn hutang dll. huhu..

Kak Su, itulah bezanya. biasanya org yg terdesak dgn duit ni yg mencuri. kalau hidup sederhana hutang x banyak mungkin diorang pun takde la sampai nak amik hak org lain. :)

Asmara said...

Hanis! hihi...citer basi dah la. bertahun2 dah tu. nnti la InsyaAllah kalau rajin akk tempek gamba lain. hehe..


Kak Yus, tu la. contoh masa bencana haritu, diorang takde la sibuk2 nak mecuri barang org lain walau peluang ada depan mata. lagi bagi barang kat orang adala. mmg murni betul hati diorang ni. kalau jadi org islam mesti jadi islam yang paling perfect dalam dunia. :)

yatie chomeyl said...

mmg kat jepuns etakat ni paling selamat bab barang2. kat german pun OK jugak.

tp italy, spain dengan france esp Paris memang sgt2 terkenal dgn pick pocket yg paling handal uhuhuhhu

anie,Nagoya said...

kagumkan dgn sifat org jepun ni.terutama tak mengambil hak org.

ada sekali anak kita tnya;
"mak kalo ada duit baki kat mesin beli air tu cam ne?nak kene bg polis ke?kkanie ckp je selamba.ambil jelah.abg menyampuk."tak jujur cam tu mak!!!".

kalo mesia brg kat sebelah kita pun boleh ilang.inikan tertinggal.memang tak dpt dikesan le.pada hal negara kita, negara islam.mana sifat amanah n kejujuran tu ya?

Nieda said...

mmg sangat bertuaH. selalu tertinggal barang tapi tak hilang2.

kalau kat sini, pusing saja tentu dah lesap.

Juwita Jamaludin said...

As.. betul2.. bagusnya diorang ni.. tak suka busy body.. lagi pun aman je kat sini.. nak gi mana2 tak takut.. kat msia lagi takut yang kepala hitam dari yang kepala putih..:)

Asmara said...

Yatie, aha betul tu. pick pocket mmg sangat handal. masa kat spain tu tengok depan mata ada budak tu himpit sorang pakcik tu dlm train yg penuh org. nmpk sangat nak menyeluk poket, pastu kene tolak ngan pakcik tu. huhu... mmg takut gak le.

K anie, tu la kan. budak pun pandai, kalau dari kecik dah ajar yg baik sure sampai besar diorang tau hak orang. :)

Nieda, Alhamdulillah tu kata masih ada rezeki. InsyaAllah mudah2an rezeki tu sentiasa ada. :)

Asmara said...

Ita, kalau pure jepun mmg boleh sangat percaya, tp bila dah campur gaijin ni mmg mcm2 boleh jadi rasanya. tp bila orang tu dah buat baik kita nak buat jahat pun tak sampai hati kan! :D

Idayu said...

sgt2 setuju. keta pon x payah kunci, anak2 lepas jek pgi main ke mna2 pon.

kwn akk penah hilang basikal 2 thn lps kat tokyo, pastu polis tuh jumpa beskal tuh n dia siap siasat lagi crk ownernyer yg dh pindah nagaoka n basikal tuh pulak dh buruk gila. siap kena pegi balai lagi buat report bagai...alahai..nmpk sgt polis diorng x de kija kan..

Fith said...

setuju kak As,
org jepun mmg gitu kot,tak ambil brg org.even tertinggal kat eki pun,esoknya boleh pulak dpt balik,tp still kena jaga2 sbb kat nihong bukan nihongjin aje kan,yg jd prob mencuri2 ni biasanya bangsa asing,huhu...

Nieza said...

Assalam Kak, menarik ceter akak ni...actually saya kat Finland ni so far rasa aman damai jugalah...jarang ada kes curi dan rompak ni..penduduk sini pun ok baik tapi saya lum ada pengalaman hilang brng lagi.dan kalau keluar merayau sorang-sorang pun tak takut coz selamat...kwn ada pernah hilang kunci rumah, ada org jumpa dan dihantar ke balai polis.biasa yg dgr kes jenayah pun melibatkan warga asing jer.syukur juga dapat tinggal ditempat yg selamat mcm ni.

Asmara said...

K Ayu, haha.. tu la. Haziq ni lagi la tau. suka2 hati je keluar rumah main kat luar. isk kita yg dok risau dia main ngan budak2 besar. tp so far tengok bdk2 ni baik layan dia. sampai ke rumah seberang dia bertandang. risau kereta yg lalu lalang tu je. tunggu bas sekolah pun dia boleh sorang2 duk depan, tak sabar sangat nak keluar kdg tu. huhu..

Asmara said...

Fith, tu la akk cakap. kalau nihonjin je rasanya selamat lagi. biasanya gaijin ni la yg buat masalah. alhamdulillah yonezawa ni mmg tak ramai gaijin, yg ada pun student cina tanah besar, pastu msian, pastu ada la beberapa yg boleh dikira dari europe dan merata tmpat lg. :)

Asmara said...

Nieza, kan! seronok dan rasa aman je dpt hidup dalam suasana yg aman dan harmoni mcm ni. balik msia je sentiasa berwaspada, terlalu ramai yg panjang tangan kat negara kita tu. mesti ada kes curi la mcm2 la. culik2 pun byk, pelik betul la kan.

Ijan said...

Salam As,
kat sini pun sama As... kalau tertinggal barang, diorang akan simpan atau akan ada yang akan pulangkan balik. kan aman kalau mcm ni kat Msia... huhuhu

Asmara said...

ijan, betul la kan. org duk negara maju mcm tu kot kan. :)