Friday, June 10, 2011

Coklat Bertih Badam

Yeay! akhirnya dapat jugak buat bertih beras Jepun semalam tu sebagai sesuatu yang sangat enak dimakan! Nak bagi nama pun tak tau, sebab bahan dia memang coklat, bertih dan badam sahaja. Rasa macam hari raya pulak buat ala2 biskut2 ni. Tapi memang sedap! kalau dah coklat mmg sedap la kan!. :D
Anyway terima kasih pada Pinatbate yang bagi cadangan letak badam dan coklat. Terus dapat idea buat macam biskut cornflakes coklat tu. Idea Nureasy ngan kak Ayu letak madu dan caramel pun try jugak. hehe.. tapi makan dengan fresh milk, buat sebagai cereal. TQ all..:D

Bahan-bahan,
  • 2 cawan bertih beras
  • 1\3 cawan badam yang dipotong halus
  • 1\2 cawan coklat masakan
  • 2 sudu fresh milk
  • Manik coklat untuk hiasan
Cara-cara,
  • Badam dibakar terlebih dahulu atau disangai atas kuali
  • Cairkan coklat bersama fresh milk secara double boiled 
  • Masukkan bertih dan badam dalam coklat cair tadi
  • Gaul sebati dan sudukan dalam paper cup
  • Tabur manik dan bekukan dalam peti ais.

18 comments:

nur easy said...

tu dia..dah siap dah pun.. bseri2 bertihnya ;)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

senang jer kan recipe nyer tue.......
tue la dah macam menu hary raya la k.as nie mesti kids suka :))

Unknown said...

sedapnya tgk bersalut coklat tu...menarik resepi tu yer:)

ijayuji said...

Kak assss!!! wah wah wah... mcm ayu ckp mcm hari raya jerrrr :D selamat hari raya kak, nak wet raya! nmpk sedap pulak! bhn2 pun senang tak renyah, mintak akak jer eak :D

Juwita Jamaludin said...

As.. Sedapnya... Menarik mcm kuih raya ..:)

PINATBATE said...

wah! dah siap hidang pun..sedapkan..kat sini bertih macam tu ada jual kat kedai bahan kek dan bakery..nanti hari raya boleh buat lagi.

salam kenal..;)

Idayu said...

waa cpt n pantas mama haziq nih. kira nih bole masuk list biskut ry thn nih la kan?he3

Kamalia said...

selamat hari raya kak..ekeke,jgn lupe tinggalkn sebekas tuk sy nnt k.duit raya xde pun xpo.aslkn dpt rs kuih raya kak ni..:)

Asmara said...

Nureasy, berseri dengan manik je. hehe..

Ayu, biskut raya awal, pose pun belum hehe.. Budak2 suka gak coklat ni tp ada badam diorang asing2 pulak. huhu..

Asmara said...

Nieza, resepi paling simple je kan! :D

Ika, haha.. selamat hari raya jugak. :D

Ita, tula masa buat tu dah rasa eh mcm nak raya pulak. ekekeke..

Asmara said...

Pinatbate, hehe.. mekasih atas idea tu, tapi bertih ni tak berapa nak rangup, tapi tetap sedap!

K Ayu, takut lemau lak simpan lama2. bahan ada terus je buat. hehe..

Kamalia, ehehe.. tak sempat sampai sana la kat sini dah tinggal bekas je. ahahaha..nnti ada aii buat lagi utk u. :D

fazian.batrisyia said...

Sedapnya nampak. Terliuq rasanya. Mesti rangup...

Umie said...

kak as...oishii sou.. dah mcm cereal yg saya beli that day..hehe.. mmg kreatif mama haqem nie ye...;-).. raya thn nie bole la buat open house jamu kitorg makan biskut nie kan...ehehe

Hanis MY said...

owh tidakkkkkkkk sodapnyo haaa rasa cm raya plak!

Anonymous said...

Kt mna blh dpt bertih beras yg kosong ni?

Unknown said...

Salam. Tumpang tanya.. bertih tu boleh terus masuk dlm coklat @ nak kena bakar dulu ke macam badam tu? TQVM

Unknown said...

Salam. Tumpang tanya ye. Bertih tu boleh dimasukkan terus dalam coklat @ nak kena bakar dulu ke macam badam tu? TQ.

Asmara said...

@Anon, bertih beras ni saya dapat dari kawan jepun. :) kalau kat Malaysia mungkin ada di kedai bakery ke. maaf saya tk pasti.

@Aku dan sesuatu, ikutkan yg saya dapat ni bertihnya dah siap dibakar. jadi saya cuma masukkan dalam coklat dan campur sekali dengan badam. Gambar bertih beras tu ada pada entry sebelum. :)