Sunday, May 29, 2011

Ikan Pekasam bersalut telor

Pandai tak makan ikan pekasam? Ini pun salah satu makanan yang menjadi pilihan orang dulu2. Tiap kali balik Pahang wajibla kami tempah dari pak sedara yang buat sendiri ikan ni. Mak dan abah saya suka makan ikan pekasam yang buat sendiri. Kalau diorang kirim memang berplastik2. :) Lagipun ikan sungai pahang yang digunakan segar2 belaka. Biasanya ikan ni digoreng kemudian ditabur dengan bawang, lada dan perahan asam limau tapi ramai je yang makan gitu je. Tapi resepi mak saya pulak ikan pekasam ni digoreng dan kemudian disalut dengan telor dadar. Rasanya sangat sedap! (eh2 makanan laut dan darat tak elok dicampur kan! ;p)

Tengok bahan untuk buat ikan pekasam ni senang je. Ikan sungai, garam, beras yang dikisar dan asam keping. Peramkan dalam peti sejuk (bukan bahagian beku) dan boleh la digoreng setelah diperam beberapa hari. Cara goreng pun dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan hingga garing. Rasanya ikan pekasam ni popular di Perak dan bahagian utara. Belah2 selatan ni macam kurang ada je. hehe.. Oh ye masa balik Msia tempohari ada singgah rumah Ros jintanmanis di negeri sembilan, dapat juga merasa ikan pekasam hasil tangan ayah Ros. Sedap dan pandai ayah Ros buat. Terima kasih banyak buat Ros sekeluarga. :) Ikan ni pun boleh tahan lama tapi kene simpan dalam peti sejuk dan dibungkus dengan elok. Sekali sekala pekena ikan pekasam ganti ikan masin pun sedap jugak kan! tapi tak boleh la makan selalu darah tinggi nanti mak kite kate. hehe..

*pssst.. aii dah register raacuun tu. berbaloi la kot bayar 830yen untuk sebulan dan 8 channel msia yang ada. hihi..

13 comments:

Unaizah said...

I kalau balik Alor Setar, memang akan beli ikan pekasam bawak balik kl. Makan dgn nasi panas-panas...sedapnya!!

Juwita Jamaludin said...

As.. Caya tak ita tak pernah ikan pekasam... Mcm mana la rasanya ye

yatie chomeyl said...

ooo 830 yen ja ka sebulan? nanti bg review eh..if review Kak As OK, next month nak register jugak lah

nur easy said...

isk2..menggamit selera lak pekasam time2 ujan ni..

eh cemana nak register tu?830y je ya.. cam mau jugak lah..;)

anie,Nagoya said...

tak penah makan.ewah...dia pun dah melangan kat raacun?kkanie tak kot.tak de ms nak tgk.wat rugi je.bkn kedekut tau....hihihi.....

Asmara said...

Unaizah, hihi.. pandai jugak eh makan. sekali sekala makan mmg sedap kan!

Ita, hihi.. kita ni sejak kawin baru kenal ikan ni, tu pun dah tahun ke 4 kawin. pertama kali rasa mmg masam sikit, tak boleh makan banyak kene secubit sikit je sebab dia rasa macam masin dan masam.

Asmara said...

Yatie! ahaha.. nak review camne ek. ok kot so far. nak kata tersekat2 pun tak jugak, kadang2 mmg ada tp kurang la. yg best VOD(video on demand) tu dia tayang movie kat astro first tu. x yah nak donlod mana2, gambar pun clear. tp ikut jugak kdg2 bola, kdg2 kosong je. hehe.. yg register tu pun senang je, macam kita beli barang online, bayar terus dapat log in. pastu dia akan kira start hari kita bayar. kalau kata start bayar 28 mei akan tamat 28 jun. so far berbaloi jugak lah dengan harga 830 nih. hehe.. maklum la kita duk rumah 24 jam. Layan citer melayu ngan iklan msia pun best gak! hihi..

Asmara said...

Nureasy, kita bayar guna kredit card jepun. nak register pun senang je, maklumat dia nak pun xde la detail sgt. dah byr nnti dia bagi email dan terus boleh log in. ok jugaklah layan sampai 8 chanel. setakat 830 yen sebulan ok kot. ala macam beli makanan kat supa je. hihi...berbaloi kot untuk surirumah sprti saya. :D

Asmara said...

K anie, hehe.. wanita bekerjaya la katakan. ekeke..

Idayu said...

ler...register jugak ker? murah lah ek kalu setakat 830 yen...jeles nih..jeles..

Asmara said...

K Ayu apa lagi, sesuai la untuk peminat drama2 melayu. hehe.. ala kak murah je tu. try sebulan dulu pastu kalau x nak sambung xyah la kot kan!

Kamalia said...

akak,sy xpenah mkn pun ikn pekasam ni.wlaupun mak ade je msk kdg,tp,xteringin pulok..wah,wah,dah langgan racun ek.cakap gak ngan kamil, die kata xyahla.lgpun sy bukan tgok sgt sbnrnye.hehehe.tp,mcm best je,xsampai 1ribu yen punkn.ni nak kena racun jugak mamat tu ni..ekeke

Asmara said...

Kam, hihi.. ok je kot. tengok drama punya pasal la ni. tp ok rasanya boleh pasang je sambil2 wat keje lain. tengok citer jepun tak paham. ekekeke...