Friday, May 27, 2011

Buah Kerdas ~ kenal tak kenal tak!

Pernah makan atau tau tak buah ni? Inilah namanya buah kerdas. Salah satu ulaman yang sedap dimakan dengan nasi. Sepanjang hidup pertama kali tau pasal buah ni. Masa balik kampung Pahang tempohari rumah mertua ada hidang buah ni. Sekali tengok ingatkan gula2 (haha..) rupanya ulam. Mula2 tak berani nak cuba tapi mak kata kalau pandai makan ulam petai atau jering mesti boleh makan. ecece.. saya suka makan petai, jering tak pandai lagi. Rasa buah ni sangat berlemak dan lebih sedap dari petai tapi lebih keras dan lebih kuat baunya, kalau orang tua takde gigi agak susah la nak makan. Buah ni perlu dimakan berulam nasi, kalau makan macam tu je memang terasa pahit sikit dan agak berbau. Saya makan dengan sambal belacan+ikan bilis yang ditumis. Sedap sangat! Ulaman sebegini jangan dilupakan, pasti ada khasiat. Pokoknya lebih kurang pokok petai rasanya tapi lebih rendah.
Ini rupa sebenar buah sebelum dikupas. (pic. google). Agak jarang sekali jumpa buah ni, ada rasanya tapi tak kenal. Kalau petai atau jering tu selalu la tengok. Saya makan kalau ada, tapi kalau tak ada saya takde la mencari. hehe.. tapi petai kadang2 order kat Baticrom tu, selalunya masak sambal udang petai, yg sejuk beku tak sesuai buat ulam. Tiba2 rasa nak masak sambal udang petai la menu hari ni. haha...

*Telah kutahu tv free yang beracun tu hanya promo saja, lepas ni kalau nak tengok kene register dan bayar. Dah ku sangka sebegitu...hihi..tapi berbaloi jugak terutama peminat tv msia. :D

13 comments:

nur easy said...

mcm pernah dgr, tp makan tu cpenah rasanya..

owh yalah...promo rupanya..hehe balik malaya je lah kalau mau tgk free.. eh ya ke. kena bayar jg daaa ;)

Juwita Jamaludin said...

As tak pernah mkn ulam ni.. Ita ulam daun2 tu biasa la yg biji2 gini kurang kenal sikit.. Tula raacuun dah suruh bayar ke.. Huhuhu baru nak rasa kdg2 tgk TV

Idayu said...

tuh la as...semalam dpt tgk kejap jek..pas tuh error manjang..hr nih pon dpt tgk tv2 jek hu3..

Hanis MY said...

huhu opkoz la sy tak kenal, cm best je tgk...nyum2...

owh racun penipu wuwuwu..tapi smalam kat lab sempat la tgk cerita cinta jap hehe...

Asmara said...

Nureasy, haha.. balik msia kene byr gak asteruk tu. ekekeke..

Ita, x bercucuk tanam ke kat rmh baru? hehe.. mlm td sempat la tengok penhabisan citer anjasmoro tu. hihi..

K Ayu, ahaha.. nak wat camne ek, dah agak xde nak bg free camtu je. at least bg la temph sebulan ke free tu kan. (over...:D)

Hanis, pandai ke makan tu nnti? haha.. ramai yg x pandai mkn. Lepas ni berbalik la kita tengok citer2 rakaman dr web2 yg tayang citer free. ekekeke..

anie,Nagoya said...

mak kkanie le kuat mkn.kkanie tak geti mkn.baunya aduh hai...dah sepuluh thn tak tgk buah ni.

NaNa said...

Salam kak..saya tahu, saya tahu buah tu.....(ala2 upin-ipin angkat tangan nak jawab soalan)...heheh..tapi tak pernah nak try, sebab takut nanti kalau makan terus takde selera nak makan nasi..hehehee...

Kamalia said...

kak as...sy pun tahu.dulu dpn umah mak sy ade pokok ni..time berbuah tu,haisshh,toksah ckpla bau die..sy xsuka sgt..hehehe,sbnrnye xpndai nak mkn..

Asmara said...

K anie, tu la org tak pandai makan mmg tak lalu le. kita boleh je mkan tapi dalam 3 biji camtu hehe..

Nana, hehehe.. jgn alergik terus pulak. nanti kene duduk jauh2 bila ada orang makan. hihi..

Asmara said...

Kam! tu la, mula2 mcam tak berani gak. tpi aii kan makan petai jadi makan jugaklah tp boleh dikira guna sebelah tangan je. ekeke...

ani said...

as salam...buah kerdas, klu kat kedah kami panggei buah genuak.hihihi

Asmara said...

K Ani, oh ye ke. haah kan macam pernah dengar nama genuak tu. hihi..

roslankasim said...

kat tempat saya panggil buah GENUAK