Tuesday, May 31, 2011

Atago Shogakko (Atago Primary School)

Kali ni nak simpan gambar antara barang2 sekolah rendah yang digunakan Batrisya dan sedikit gambar masa hari pertama masuk sekolah rendah di Jepun. Beg merah tu adalah beg sekolah atau dipanggil Randoseru. Beg ini memang wajib digunakan oleh semua pelajar sekolah rendah. Beg ni pun ada dua kaler je, merah untuk perempuan dan hitam untuk lelaki (tapi ada jugak yang warna pink untuk perempuan). Beg ni diperbuat dari kulit dah harganya sangat mahal hampir 40k yen(RM1500). Tetapi boleh digunakan dari darjah satu hingga darjah 6, dan ada jaminan jika rosak boleh ditukar baru tanpa bayar apa2. Tapi tak wajib la semua kene beli beg kulit, ada jugak yang bukan dari kulit dan lebih murah. Semua pelajar guna beg yang sama jadi tak adalah kes beg sapa paling cantik dan mahal! hehe..
Beg pink sebelah tu adalah beg untuk isi kasut sekolah, kanan sekali adalah beg isi buku yang dipinjam dari library. Beg kiri hadapan berisi cawan, berus gigi dan tuala, yang belakang tu berisi gunting dan tali skipping. 3 yang belakang tu beg sekolah Haziq.
Ini buku teks sekolah rendah yang digunakan. Kiri tu jadual waktu sekolah. Subjek yang diajar untuk darjah satu di Jepun adalah Bahasa Jepun, Matematik, Sains, Muzik dan Lukisan. Buat masa ni kerja rumah yang sensei bagi setiap hari 2 helai kertas sahaja. Untuk Muzik Batrisya menggunakan Pianika.
Contoh shukudai(homework) yang diberi. Bulat bunga tu maknanya betul. Tanda betul di sini adalah bulat (maru). Kalau salah pangkah jugaklah. :)
Kasut sekolah yang digunakan dalam kawasan sekolah saja. Dari rumah guna kasut lain, sampai sekolah kene tukar kasut ni, tu yang kene simpan dalam beg kasut. oh ye sekolah rendah di jepun tiada uniform jadi pakaian adalah bebas.
Antara barang kegunaan yang wajib ada. Semua barang disediakan oleh pihak sekolah, dan barang2 ni disimpan di locker masing2 di sekolah.
Setiap satu benda kene tampal dengan nama sendiri. Sekolah sediakan kertas tampal yang telah siap diprint nama Batrisya.
Peralatan untuk subjek matematik. Dalam satu kotak ada pelbagai peralatan yang digunakan untuk mengira.
Pensel yang telah siap diprint nama, jadi tiada kes kecurian pensel la kan. hehe..Bentuk pensel yang bersegi sangat bersesuaian untuk budak2 yang baru belajar menulis.
Hari pertama di sekolah sewaktu sesi memperkenalkan diri bersama guru kelas. Batrisya masuk lewat 2 minggu sesi persekolahan tempohari, 6 Mei dia baru register . Seminggu selepas sekolah sensei ada datang buat lawatan ke setiap rumah pelajar dan bekenalan dengan ibu bapa pelajar.
Kawan2 yang baik hati tolong Batrisya kemas barang.
Meja Batrisya (no 2 dari depan) dan belakang tu rak untuk simpan barang setiap orang.
Rak Batrisya masih kosong, hari pertama datang sekolah.
Rak kasut (masih kosong jugak).
Kertas ni perlu ditanda tiap pagi oleh mama. Kalau buat kene tanda bulat kalau tak buat tanda pangkah. Atas sekali tu ucap selamat, kedua bawa tisu, towel dan name tag, ketiga membaca atau tak di rumah, keempat buat shukudai(homework), kelima susun buku mengikut jadual sekolah. Seterusnya tandatangan mama dan akhir sekali cop oleh sensei.

Pengalaman menghantar anak sekolah di luar negara amat berharga. Mungkin sedikit berbeza dengan negara sendiri. Bas sekolah memang tak disediakan, semua pelajar kene jalan kaki dari rumah dan akan bergerak secara berkumpulan. Tempat pejalan kaki dan basikal memang disediakan di setiap jalan raya di Jepun. Buat masa ni Alhamdulillah masih selamat kalau jalan sorang2 di sini. Jarak antara rumah dan sekolah lebih kurang 1.5km. Sebab tu kanak2 di sini lebih sihat dan cergas! :D

25 comments:

anie,Nagoya said...

teringat masa si abg masuk sekolah.panic sekejap.semua kene uruskan.si adik masuk sekolah, bleh senang ati sbb dah tahu.n beg sekolah si adik dah jahanam.aduh...baru 3 thn.n mnta belas kasihan gan kawan2 jepun kat kilang ni mntk beg sekolah anaknya.sib baik kawan baik.n keadaan beg tu masih elok,molek cntik n baru.terkejut kkanie masa terima beg tu.nak beli memang mahal.tp kat Nitori ada yg murah.tak tahu le ok ke tak?mak oiii....pnjg makciknya komen.hihihi...

Hanis MY said...

sistematiknyaaaa, dan bag tu sgttt mahal... terkejut sama harga dgn coach hehe...

Asmara said...

Kak Anie, kan! kemain mahal begnya. tp untuk jangka masa panjang berbaloi la kot. kat nitori 10k yen yg murah tu. aii pun dpt free je. hehe..

Hanis, hihi.. coach pun lagi murah. baik tambah koleksi coach yg ada kan! ahahah..

Hanis MY said...

haha lawak jek... itulah pasal, kalau pasal handbag mulalah berangan, ala hanis bukan makan hotel pun tp restoren yg hidang ala2 hotel gitu hik2...

Idayu said...

mmg nmpak remeh temeh suma bnda2 yg diperlukan, tp kalu diikutkan ianya lbh sistematik dan bagus kan...

p/s: berat sungguh la beg randuseru tuh..sian bebudak nih duk angkut pagi2..lg la kalu hr senin tuh ngan segala mcm beg + bentou n suito lagi...x terpikir ke diorng nih nk guna beg beroda hu3

fazian.batrisyia said...

Bagusnya sek kat Jepun cam tu...Bila balik mesia nanti mesti anak rasa lain dari yg biasa. Bukan anak je, parents pun rasa asing. Tu la yek, lain tempat lain caranya.

yatie chomeyl said...

btol tu kak As, saya pun banyak belajar dari early childhood education kat sini. tak sabar rasa nak balik Msia dan bukak nursery yang macam kat sini jugak.

Don & Nor said...

bila baca citer as ni...rs kagum pun ada...rs payah pun ada...pengalaman yg sgt bermakna.

Asmara said...

K Ayu, kan, hari isnin la memang kesian sebab semua benda kene bawak sekali. Dengan baju sukan, kasut, buku dll. Dukong lagi senang dari tarik kot. :D

Yan, balik nanti rasa la macamana keadaannya. Awal2 mesti tak biasa, lama2 ok lah nanti. InsyaAllah.. :)

Asmara said...

Yatie, bagusnya ada plan nak buat macam tu. Didoakan semoga berjaya, boleh bukak cawangan tempat lain pulak nnti kan! :)

Nor, itulah pengalaman di tempat orang. Tempat sendiri lain pulak nanti. :)

nur easy said...

tu la.. tengok budak2 jalan kaki ke sana ke mari rileks je kat sini kan.. rasa selamat je.. takda sapa pun nak usik ke apa

fizahood said...

mcm2 beg ada yek...semua ada fungsi2 tertentu...

Juwita Jamaludin said...

tula teliti orang jepun.. suka juga dengan cara mereka mendidik anak2.. sanagt teliti.. Pengalaman fathnin thun lepas dah cukup buat rasa happy dan merasai perbezaan.. untuk masa depan kena juga berkorban sekolah dgn mama.. huhuhuhu

Asmara said...

Nureasy, tu la, Alhamdulillah buat masa ni belum ada kejadian yang tak diingini la. Act. kami kalau keluar mmg jarang sangat kunci pintu rumah, dah lebih 2 tahun biar camtu je dengan tingkap pun tak penah berkunci. InsyaAllah selamat..

Fizah, tu la mcm2 beg kene ada. Pening gak awal2. hehe..

Asmara said...

Ita, Batrisya dah wajib sekolah rendah mmg kene pergi. Tapi xpe Ita Fathin baru darjah satu taun depan kan. tak pening la dia dgn bahasa jepun balik nnti. ;)

Kamalia said...

mahal sungguh beg itu.tertelan air liur tgok harga kat jusco..haishh, demi ank2 ye kak.sy setiap mlm penin nak cr baju ape nk pakai esok tuk diorg ni..bestkn sekolah kat sini, kamil pun ade cdgn nak bukak sekolah ala2 youchien kat mesia nnt..tp,tgokla dulu.hehehe.

Asmara said...

Kam, hehe.. tak sempat shogakko xpe. tula hari2 nak kene membasuh. beberapa hari lepas hujan terpaksa pasang heater nak keringkan baju. wah bagus en kamil moga2 terlaksana. amin.. :D

Unaizah said...

Sunnguh berbeza sistem pendidikan jepun dgn malaysia.

Umie said...

akak..saya ngan asben siap plan nak belikan beg tu nanti utk muaz sblm balik m'sia...hahaha... bajet nak lain dr yg lain le..sekali nnt kena rembat aje...wakkaka

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wah bestnyer...mesti busy kan...ayu pow next year adam dah nak masuk kolah rendah...:))

Asmara said...

Unaizah, haah mmg nampak beza sangat. Sekolah rendah subjek tak banyak, budak2 pun boleh concentrate kat satu subjek tu. dengar kata msia ada bahasa arab la pulak ye untuk darjah satu. huhu..

Umie, hihi.. xyah la kot. beg tu plain je, kang Muaz tak nak pakai rugi je kang. balik msia budak2 pakai beg kalerful, katun2 dia mesti nak yg macam tu. haha..

Ayu, preparation awal2 yg pening, mcm2 benda. yg penat sikit buat bentou dia la tiap2 pagi. hihi..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

now pow bikin bento everyday...tue la letih but demi akan gagah kan diri juga kan akak...hikhik start beli next year la...after adam habis yochien :)

Asmara said...

Ayu, buat bento untuk 3 orang, nak hias bagai mmg kene lebih sejam duk kat dapor tu, kalau time Haqem bangun jawabnya mmg sesimple2nya lah. biasa akk siap2 masak malam pastu pagi tu baru panaskan atau masak yg simple je. ;D/ mesti teruja tengok adam nak sekolah nanti. hihi..

Zura Rahman said...

salam. saya paling such entry ini. patutlah orang jepun sancta berdisiplin.

Unknown said...

salam . boleh terangkan tak mcm mana penyimpanan buku2 teks kat sekolah ke or kena bawa balik.. and kalu boleh cerita la tentang jadual waktu sekolah untuk sekolah rendah.. berminat sangat nak tahu tentang sistem kat sana. tqqq