Gambar yang ini pon diambil setelah hari kedua dipotong, nampak sangat keras beku dalam esbok. Resepi ni diambil dari kak yani myr. Terima kasih atas resepinya. Sangat sedap ok, ni request dari suamiku itu yang nak makan kek mousse2 gitu sempena anniv. tempohari.
Bahan-bahan ( 18cm )Product selama 8 tahun, dapatlah 3 orang kanak2 yang comel2 dimata kami. Alhamdulillah.. Sebenarnya yang memotong budak berdua ni la. Haqem tukang tengok je, habis bersegi2 kek kami. Tapi takpe memang sedap dan budak2 ni pun suka. Nanti kita buat lagi ye. :D
- Brownies
- 45g butter
- 65g gula halus
- 1 biji telur
- 50g tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar serbuk koko
- Chocolate Mousse
- 140g coklat masakan
- 1 sudu besar gelatin
- 100ml air
- 2 biji telur putih
- 200g whipping cream
- 40g gula halus
Cara-cara
- Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- Kemudian masukkan telur. P ukul lagi dalam 3-4 minit.
- Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- Cairkan coklat masakan de ngan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
20 comments:
nampak pun tahu sedap. gelatin tu rendam dlm air suam ke air sejuk ke air panas kak as?
produk 8 tahun.. alhamdulillah, kek sedap mummy buat, anak2 pun suka ;)
harapan mmg selalu menggunung nk cuba tapi mesti asyik terdelay haha.. alal tomeynyaaa yg kecik tu makan budou ke? bil nk g jalan rumah baru kak as ni... nk pujuk cinta hati la...
Yatie, akak guna air suam. selalu tengok resepi kalau gelatin guna air panas atau suam kan. tp kene cepat takut dia cepat keras nnti. hehe..
Nureasy, budak2 ni mmg suka kek. lagi2 haziq, kek coklat la faveret dia sangat. itu yg tiap minggu kene buat. :D
Hanis! meh le dtg lagi. Haqem makan biskut masa tu, sekarang ni bagi je apa semua dia sumbat mulut. hihi..
Cam senang.rasa2 lulus tak kalo kkanie yg buat?
kak As, ni kena buat gak..gelatin ade 2kotak tu xbrbukak2 lagi sbb aritu duk tamak order smpai 2kotak..rupenya yg lama kat umah ni xabih lg.sedap ye kak?ni nak kbuat gak ni..brkobar2 dah ni.
psstt:rendang aym dah abih ke?nk la jugak,aym whole n boneless xdo stok ni.yg ade c.wings jek.
K anie, ala takat tangan kak ni tu pejam mata pun lulus la. hihi...
Kam, sedap nih weih tp kene tunggu keras dlm esbok dulu baru leh makan. rasa cam eskrim gitu. tp tang putih telor x masak tu pejam mata je la. haha..
*rendang dah jadi baja. ngeh3x..
Happy anniversary.....!
As.. Cantik keknya.. Sedapkan kek ni.. Ita suka gak
wah sodap nye nmpk brownies nih...kene suruh wife cuba buat la..hari ni gak..hehe
"3 orang kanak2 yang comel2 dimata kami" <----- saya suke stetmen nie kak... hihi
nanti nak try gak le resepi nie..kot jd bole buat jd kek birthday muaz ujung bln nie...hehe
"product selama 8 thn" hahahaha..kelako la statement nih...
ank2 mmg suma kawaii kan...
wah menarik..harus cuba ni..hehheee..ANNiversary dah dekat ni..
Unaizah, tq. :D
Ita, haah kan, nnti nak try yg mcm coklat indulgence tu la, tambah white chocolate lak. :)
Papa mifz, hihi boleh cuba sedap tau!
Umie, heheh.. sape lagi nak puji anak sendiri kan. haah boleh buat untuk Muaz nnti. sng je nih.
K Ayu, haha.. nasib baik 8 tahun 3 org, kalau 8 tahun 8 orang naya gak! hahah...
Nana, hihi.. buat sendiri lagi puas hati, asyik beli je tak syok gak kan. :D
adeh sana sini tayang cake...menggoda iman betul la...dah ayu berpantang cake gara2 badan naik mendadak lepas asyik giler bikin cake jer...:D
salam kenal dari oyama yer kak as *____*
Ayu, hihi.. ramai tukang makan tu yg rajin buat. TQ Ayu. :D
sedapnya tgk kek ni..tapi dah tua tak leh makan banyak sangat.
semua barangan sekolah ni kamu simpanlah..nanti anak dah besar, belek-belek teringat kisah anak-anak masa kecil.
ooo dah gi dah rumah ros ek..akak tak gi lagi
insyaAllah nanti g jalan sana hanis bawa kek hehe, kek je reti, tapi rasanya org yg makan pengsan kut sebab tak sedap haha...
Kak ina, kan mmg simpan la kot buat kenang2an gitu. hihi.. tak dapat simpan real simpan gambar kat sini pun jadiklah. hehe.. harap2 bertahan la blogspot ni. diary la katakan. hehe..
Hanis! ni mesti pengsan sebab sedap sangat la tu! hahahah..
Post a Comment