Semalam jugak dapat berhubung dengan Kamalia di Iwate, bandar mereka terputus hubungan. Api, air dan gas terputus. Warga M'sia di sana berkumpul satu rumah dan standby dengan kereta. Dapat jugak call Hanis pagi tadi. Hanis berada di embassy dan masih selamat cuma masih tak pasti bila boleh pulang ke Sendai kerana keadaan di Tokyo masih belum stabil. Dapat update sedikit rakan2 di Sendai mereka berkumpul di pusat pemindahan sementara, bandar Sendai antara bandar yang teruk terjejas. Jarak Sendai dengan Yamagata 1 jam perjalanan.
Semalam juga adik2 di sini berkumpul di rumah kami, dan ada yang tidur di sini termasuk ibu dan bapa adik Umie yang masih trauma (rumah kami rumah bawah jika berlaku lagi boleh keluar dengan cepat, InsyaAllah). Pagi ni masih ada gegaran2 kecil dan masih dalam mood berjaga2. Mohon doakan kami semua di Jepun selamat dari sebarang bencana yang lebih teruk. Amin... terima kasih tak terhingga atas keperihatinan rakan2 yang mengenali atau tidak. Mohon doa dari kalian kami semua dilindungi. InsyaAllah..
24 comments:
Salam Asmara
Alhamdullilah Asmara dan keluarga slmt.harap2 semua rakyat M'sia di sana juga slmt. Tengok di tv mmg teruk tsunami melanda Jepun....doakan semua slmt.
semoga semua rakyat Malaysia di sane selamat..
Assalam As...
Alhamdulillah As sekluarga selamat.. akak doakan As sekluarga dan juga smua rakyat mesia yang ada di jepun sentiasa didalam perlindungan Allah... Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi Penyayang dan akan sentiasa melindungi hamba2 nyer yang sentiasa ingat akan dia...amiinn...
as..kami doakan semuanya dilindungi Allah dan selamat..kami sekeluarga doakan semoga semuanya kembali reda..sabar ye... risau tengok dlm berita..meremang bila tengok..
take care as, akk try call pon x dpt smalam..
kat nagaoka pon bergoyang2 jek nih..
mohon kita sma2 selamat...
Alhamdulillah..lega sgt hati saya dgr kenkwan semua selamat..duk teringat sgt kat diorang..take care semua..
Salam Kak Asmara,
Alhamdulillah semua selamat..Semalam time dengar berita, terus ingatkan kawan2 cyber kat sana..walau pun xpernah bersua, sekadar bertegur sapa di sini, namun hati tetap berdebar & bimbang...
Didoakan semoga semuanya dilindungi Allah & take care yaaaa.....
Alhamdullillah....as sekeluarga selamat.kami kat cini pun ok.skrg tgh bertanding kendo.
alahamdulillahh.....sykur adik term n family selamat...kak ju doakan semuanya dilindungi Allah...
saya kawan blog hanis, risau dgn keadaan dia. nasib baik. lega dgr yg dia selamat. ada no phone dia tak? tlg msg ke no sy 080 4276 9921 -yatie, fukuoka -
alhamdulillah dikk .. kami mendoakan agar warga malaysia dan jepun ramai yg selamat .. aminnn
semoga semua selamat dan dipermudahkan segala urusan...amin
Alhamdulillah terima kasih semua. Buat masa ni bekalan letrik, gas dan air masih ada. Tapi bandar2 jiran sebelah banyak yang terputus bekalan. Diorang ramai2 datang ke bandar Yonezawa dapatkan bekalan terutama minyak dan makanan menyebabkan kesesakan yang teruk di Yonezawa. Kami masih berjaga2 lagi sebab gegaran kecil masih ada hingga sekarang.
bnyk2 bersabar & bertawakal kepada NYE. Harap dapat tempuhi dengan cekal. Semoga Asmara & warga M'sia di sana selamat.
salam as.. alhamdulillah.. lega dengar lepas satu2 berita nyatakan semua kenalan/teman kat sana selamat.. mudah2an sentiasa dlm perlindungan Allah.. take care ya as
doakan semuanya selamat di sana... insyallah...
alhamdulillah...semuanya selamat disana...apa2 berita update lagi ya...
Salams,
Silence reader of ur blog.. Alhamdullillah u n family selamat.. It was shock news.. Tho we was here, we will always pray for the ppl there in japan esp muslim. Semoga kita semua dlm lindungan Allah swt.. Aminn
alhamdulillah, update selalu ye. Risau jugak dgn keadaan dunia skrg, tak reda di NZ di Jepun pulak. Dgn pergolakan politik negara2 arab...mohon kaum muslimin semua selamat & dalam lindungan Allah.
risaunya dgn keadaan di sana. alhamdulillah korang selamat. take care ye..
as salam as, jaga diri & keluarga ye...
Semoga semuanya selamat amin!
take care! harap semua kawan2 kat sana selamat insyaallah.
salam..
moga22 selamat dan tabah menghadapi
dugaan =)
gambatte~~ =D
Post a Comment