Antara yang paling merisaukan sekarang adalah letupan loji nuklear di Fukushima yang kira2 120km dari tempat kami. Sangat dikhuatiri dengan kesan radiasi yang disebarkan. Mana nak lari nih! huhu..
Dalam tempoh 3 hari ni rumah kami dijadikan tempat berkumpul orang M'sia di sini. Alhamdulillah dapat juga adakan solat hajat dan bacaan Yasin pimpinan bapa sorang adik di sini yang kebetulan bercuti.
Dalam keadaan tak begitu stabil ni kehidupan masih diteruskan. Kami akan berpindah rumah mulai 15hb Mac ni ke rumah lain. Semalam proses mengangkat barang dilakukan. Perancangan pindah memang dah lama. Tapi pindah pun di kawasan berdekatan lebih kurang 150meter sahaja jaraknya. Berkemungkinan blog ni akan lama bercuti. Doakan kami semua di Jepun selamat, dan jika keadaan semakin buruk atau kesan radiasi tak dapat di kawal kami akan pulang ke Malaysia tanahairku. Buat masa ni kami tak boleh bergerak keluar dari tempat ni. Minyak kereta tak mencukupi, dan beberapa jalan masih ditutup terutama highway. Doakan keadaan kembali pulih seperti sediakala. Terima kasih atas doa dan keperihatinan rakan2 di luar sana. Pengalaman bencana alam seperti ni sangat menginsafkan, semoga lebih banyak hidayah Allah berikan pada kita sebagai umatnya, hanya Doa dan tawakal pada Allah SWT agar kita semua umatnya dilindungi. InsyaAllah..
21 comments:
kami doakan dari kejauhan agar semua urusan AS sekeluarga dipermudahkan Allah..terasa juga menginsafi kesusahan org lain...apa pun alhamdulillah bila As dah update ni
As, akak doakan yg terbaik buat As dan keluarga ye. Risau gak ni...
Moga anda semua senantiasa dalam lindungan Allah Taala...
salam perkenalan kak..
semoga akak dan keluarga di Jepun selamat hendaknya...semoga diberi kesabaran dan ketabahan..alhamdulillah, akak selamat..kami di sini mendoakan yang terbaik buat saudara2 kami di sana..
insyA sumanya selamat....kalu rasa nk jauh sikit, jemput dtg nagaoka..
dtg dari blog kak hana..
hopefully semua ok disana.
uda.. ktorg kat cni always doakn uda n family..cayang uda
kim slm kat abg khairi n bdk2 ea :)
kak as, take care.. taip dgn pantasnye ni sbb lg 2 minit letrik nak shutdown..
salam dari Msia..
simpati dgn semua warga Msia & warga Jepun atas bencana yg menimpa..moga semua warga Msia selamat & dilindungi olehNYA..insyaallah..amin!
semoga as dipermudahkan hendaknya.
semoga semuanya selamat kak asmara..insyaAllah.
Salam Kak As..kami di sini sentiasa doakan keselamatan & kesejahteraan akak sekeluarga..InsyaAllah
Take care & semoga segala urusan dipermudahkan olehNya....
Doa dari kejauhan... semoga semua selamat di sana. Moga didalam lindungan Allah SWT.
semoga as n famili dan msian disana dilindungi Allah swt. insya'allah sentiasa berdoa utk keselamatan kalian.
Insya Allah selamat As. Jaga diri & keluarga baik2.
Semoga selamat berpindah di rumah baru & moga semuanya selamat dari bencana. Risau jugak bila dgr berita semasa.
semoga Allah memudahkan urusan keluarga Kak As di sana
Harap you and family sentiasa dilindungi Allah. Sedih tengok all the news about the earthquake and tsunami. If things get worse, balik la ye.
Salam As
Semoga As dan kwn2 slmt .
moga dipermudahkan urusan pindah rumah.
Salam as..
byak sabar, doa dan kuatkan semangat ya...semoga keadaan bertambah baik...take gud care of ur family k...risau nih...
salam dik ..semoga semua nye selamat .. amin
Post a Comment