Thursday, March 10, 2011

Puding Laici dan duniaku bergegar..

Dah lama teringin nak mencuba puding laici ni. Ingatkan puding laici berdangdut tapi puding yang keras kejung. hehe.. tukar nama jadi agar2 laici lah, mungkin sebab terkurang air. Agar2 ni cara buat dia sama je cuma tambah bahan2 yang kita nak je. Sedap berperisa laici ni, blend sekali buah laici tu bersama air dia, baru rasa manis buah tu. :) Resepi berpandukan dari kak Hanieliza. Terima kasih sudi share resepi. :)


Bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesin sikit]]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....
kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam memasaknya dan hiaskan dengan buah laici saja.

Kisah semalam, pertama kali merasai dunia bergegar secara kuat. Sangat takut ok! Sebelum ni memang pernah rasa la gempa bumi sejak duduk Jepun ni, tapi pada skala yang sangat rendah dalam 1 atau 2 skala ritcher. Tapi pagi semalam hampir mencecah 4. Agak lama jugak lebih kurang 2 minit dan sekejap2. Batrisya pun beritau kat sekolah semalam semua budak2 duduk bawah meja. Act. pagi tadi pun ada gegaran lagi tapi tak kuat. huhu.. agak bernasib baik tempat kami dikelilingi gunung2 dan berada jauh dari pusat gegaran. Alhamdulillah.. tak ada kejadian yang tak diingini. Cuma lebih berhati2, kadang kita tak tahu kuasa Allah. Ya Allah lindungi dan jauhilah kami dari sebarang malapetaka. Amin..Doakan kami semua selamat walau di mana kami berada. :)

10 comments:

Mrs Azuhaizat said...

sedapnya puding laici, kak ni asyik tengok ja orang masak, lama dah x masak masak, selagi tak duduk sekali anak2 n hubby selagi tu la kak tak masak hehehe..

Ish pasal gegaran tu mesti seriau kan? Mudah-mudahan awak sekeluarga selamat insyallah, amin.

Kamalia said...

akak, sedapnye puding nih..arini sy buat apam snow white tu,tp xjd..sadis je..
pagi tadi terasa lagi x gegaran 2kali?yg last tu mcm kuat,trus xleh tdo..trauma..trauma..

Idayu said...

take care as..

Hanis MY said...

owhhh sy dah makan puding ituuuu... sedapppp yum2 kak as pg tadi rasa 3 kali masa tgh tidur skali pastu masa bangun solat subuh..lama betul kali ni huhu...

Umie said...

take care akak..sedapnya puding laici..nak buat gak tp stok laici udah abis..kena terjah yamaya la pasnih..hihi

Nieza said...

Ya Allah takutnya kan...bencana alam tu yg tak dapat dielakkan....semoga akak sekeluarga dilindungi Allah..btw sedap puding ni...suka mkn puding tapi malas lak nk buat..hehe

Unaizah said...

Nasib baik takde apa-apa bad happen. Dulu time tsunami besar kat Aceh tu, i blh rasa gegaran. Kami di rumah time tu. A few minutes gak le. Hanging lamp and pool water berayun kuat. Pening gak la...

kekodokbulat said...

salam kak...
saya one of ur silent reader tapi nak say jugak...
semoga akak n family selamat dr bencana tsunami dan dilindungi Allah..

pepepun puding tu sgt menggetarkan selera saya..

anie,Nagoya said...

sekom.

tmpt as selamat dari tsunami?moga tabah hadapinya.

fazian.batrisyia said...

Moga rakyat mesia semua selamat. Ni tgh tgk kat berita dunia 11pm, teruk tu 8.9 skala. Berdoalah semoga selamat ye...aku pun doakan agar tak ada apa2. take care ye as....