Thursday, March 3, 2011

Roti kacang merah.. eh dia datang lagi!

Minum pagi dengan roti kacang merah yang dah sejuk. Dah sejuk rupa dia tak begitu menawan. Tapi masih sedap dimakan.Makan masa panas2 mmg best, pastu minum dengan kopi panas cap 434. hehe.. kopi orang muar sedap weih! Act. dah 3 kali jugak mencuba pelbagai roti, masak pagi2 terus bawak bento ke sekolah, takpun malam dah siap terus tido. Resepi roti ni rujuk dari Ros jintanmanis. Terima kasih buat Ros yang sudi share resepi. Percubaan menggunakan water roax, memang lebih lembut rasanya. :)

Sumber: Ros jintanmanis.

200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah (guna yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

eh apa yg datang.. nilah dia malam tadi turun tak berhenti terus menimbun balik. Bangun pagi tengok tingkap dah penuh putih, tengok ramalan cuaca minggu ni masih turun lagi. Sekarang ni pun masih turun renyai2 lagi.
Bersabarlah dengan kesejukan yang berterusan nih...

4 comments:

Kamalia said...

akak..kat sini smlm pun turun gak..tp,xdela lebat camni..turun manja2 gitu je..tp,skang ni tgh windy gile..sejuknye..xtahan sungguh..matahari keluar,tp suhu stkat 1-3 C..
nak roti jugak..dah trbayang2 roti kcg merah ni..

Hanis MY said...

Kak as...dapnyerrr sy dah lama tak mamam roti kacang... kak as hari ahad ni lab buat trip lab ke zao onsen, hanis ingt nak singgah jumpa kak as sebelum ke zao onsen, tapi kena pujuk en suami la...harap2 dia oklah..apa2 hanis call atau msg k...

Nieda said...

Minggu lepas belajar meroti. Puas dapt tips dan belajar buat mcm2 btk roti.

Asmara said...

Kamalia, hari ni dah tertimbus kete. nanti mesti datang lagi untuk terakhir yang lebat samaada awal april atau ujung mac nih. hehe..

Hanis, haah ok2. nnti mesej dulu la ye. takut ada program lain lak ahad tu. :)

Nieda, wah best la dapat belajar dari pakar. hehe..