Sumber: cikmatgebu.myr
Bahan-bahan
- BAHAN2 PASTRY:-
- 113 g mentega
- 75 g gula halus
- 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
- 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
- BAHAN2 KRIM PASTRY:-
- 300 ml susu segar
- 3 biji kuning telur
- 50 g gula halus
- 20 g tepung gandum*
- 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
- 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
- BAHAN2 LAIN:-
- Coklat cair secukupnya
- Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
- Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)
Cara-cara
- UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
- UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
- Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
- Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
- Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
- Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
- Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat.
Kisah sejuk2 nih, dah 2 hari ni budak2 asyik batuk2 dan selsema je, cuaca panas minggu lepas tiba2 minggu ni salji turun dengan lebatnya, terus la sakit2 orang dalam rumah. Kesian budak2 ni, dok selsema dan batuk, risau jugak sebab sekarang ni pun musim influenza. Ada budak sekolah diorang dah kene, memang kene hati2 balik rumah semua kene cuci tangan dan muka. Sejuk2 ni malas betul nak main dengan air. Haqem yang jarang keluar rumah pun selsema, sebab dia suka nak hantar abang dan kakak dia depan pintu rumah. Bila bukak pintu rumah tu angin sejuk menerpa masuk, Haqem memang tak boleh kene angin sejuk, kalau keluar je mesti selsema. huhu.. Bersabarlah lagi wahai mama.. ;)
11 comments:
siannyaa semua org demam, ha ah la 2 hari ni tiba2 sejuk balik, sejuk melampau2 plak tu tak sanggup nak jalan keluar..take care ye kak as...
sekom.
buat byk tu.nak 4 ketui.bg lebh pun ok.
kat cini msh lom ada kene influenza.tp kan...balik je bdk2 kkanie terus ckp, "sental anak tekak"...dia org mesti ketawa.kkanie lom penah kene influenza
akak,smlm sy ade trjumpa acuan tart ni..terus teringat akak,nak call,hp xbwk pulak..1=57yen..xtaula murah x..sy xbeli pun..xtau nak kena beli byk mana..hahaha..
yela kak,budak2 ni sume br elok selsema,skang tgh batuk2 pulak..influenza kat skolah amni blum ade yg kena kot..get well soon!take care akak..
akak,fruit tart favourite kite..anto sini sikit..nnt nak try buat jugak le tp kena la cari acuan dulu..;-)
Samalah di Malaysia ni. Sekarang musim panas then kdg-kdg hujan. Kami satu rumah kena batuk + selsema + demam. I and anak-anak dah sembuh, giliran bapa lak kena.
sedap sangat fruit tart nie...thanks kak as walaupun dengan haqem yang merengek memanjang...dapatlah jugak merasa homemade fruit tart...
Hanis, minggu ni sejuk lagi, tak menahan rasanya. huhu..
K Anie, sini Alhamdulillah dah xde kes nampaknya. biasa kalau ada sorang kene satu sekolah kene hati2. kalau lebih 5 orang sekolah terus cuti. hehe..
Kamalia, katne2! cer citer cer citer. hhaha.. nak le. murah la tu kot. dapat 6 biji pun ok kot ek. hehe..
Umie, hehe.. i malas tunggu acuan nak makan punya pasal asal boleh je ek. ekekeke..
Unaizah, uhuhu.. cuaca sejuk panas ni mmg berpenyakit la kan. get well soon. :)
Zila! hehe.. macih2 tanpa buah2an mu itu tak jadik kot fruit tart nih. hehe..
haah kan, thn nih mcm lmbt sket influenza nyer start...plak tuh, haru yg ditunggu x kunjung2 tiba...taking care as!
K ayu, kan haru betul nak menunggu haru nih. hehe.. Tokyo lak salji hari ni. huhu..
Dah lama gak teringin nak cuba...tak lum sampai seru kot...Aku tak sihat ni...selsema & br start batuk..Ko & family sihat? Boss dah balik Jepun dah..tapi tak jumpa lagik...pg td ada la kejap sgt...
Post a Comment