Monday, February 7, 2011

Training Ice Skating


Hari Sabtu yang lepas kami pergi main ice skating di Yamagata. Tempat ni dibuka pada winter saja dan tempatnya adalah terbuka. Kali ni pergi dengan kakak Liyana untuk jadi tenaga pengajar. hehe.. kakak Li memang terror sangat dah, main snowboard pun terror. hihi..

Makcik tu pun eksyen je, ntah berapa kali terduduk, haha.. hadoi sampai hari ni masih sengal2 badan. Tapi best dapat banyak kali round sampai tergeliat kaki. Masa musim panas training guna kasut roda pun tak berapa nak terror lagi. Ice ni licin sebab suhu makin menurun ia semakin mengeras dan setiap 2 jam diorang akan bersihkan. Lepas bersih tu lagi la licin. huhu..

Kanak2 2 orang ni memang suka la, syok duk atas kerusi. Haziq suka nak jalan sendiri tapi asyik jatuh je. dengan mama sekali jatuhnya. huhu.. sakit punggung tu ye Haziq!

Kasut yang disewa. Tempat ni memang dibuka setiap hari sepanjang winter hingga penghujung Mac, waktu operasi dari jam 1 tengahari - 9 malam. Bayaran masuk 500yen dewasa dan 200yen kanak2 untuk sekali masuk dan sewa kasut 300yen. Hari Sabtu pulak free untuk budak2. Memang dibuka lewat supaya ais tak mencair.

Nasib baik ada kerusi ni, kalau tak memang tak bergerak la. hehe.. Sampai lewat petang jugak kami kat sini. Tempat rehat dia pun selesa, Haqem duduk kat dalam bergilir jaga dengan papa. Merasa jugaklah papa seround masa mama jaga Haqem. hihi.. InsyaAllah datang lagi sebagai aktiviti hujung minggu sementara masih winter ni.

6 comments:

Hanis MY said...

bestnyaaa open ice-skating mcm dm movie! kak as ms pg juhyo tu kononnya nak wat surpise ke rumah kak as, skali bila tgk lagi 43km dr zaoonsen terus tak jadi huhu..tgh bincang dgn senior citizen sendai utk matsuri tu apa2 sy bgtahu k...

Asmara said...

Hanis, la ye ke. Sabtu tu pun kami kat Yamagata. kalau calling2 sure leh jumpa ajak makan soba Yamagata yang sedap tu. hehe..

Unaizah said...

Bestnya tengok main ice skating.... Saya tak pandai ber-ice skating.

Asmara said...

Unaizah, hehe.. saya pun tak pandai, cuba2 aje. nasib baik ada kerusi tu buat tampung. hehe..

Idayu said...

wah bestnyer ader tempat skating...murah pulak tuh kan? kat sni ader jgk, tapi xdelah dkt sgt...ntah bila la nk pgi hu3

Asmara said...

K Ayu, hehe.. ini pun jauh gak. kat bndar yamagata nun. weekend boleh la pegi kot. puas hati gak dpt main lama2 dgn harga yg murah.