Tuesday, February 1, 2011

Strawberry Cake

Buat kek khas untuk adik Ijie sempena birthday dia. Last minit baru terpikir nak buat lepas tengok ramai2 wish hb kat fb dia. hehe.. Balik dari main yuki terus buat malam tu. Punya la bz Ijie ni kat lab pukul 2 pagi baru dapat amik kek. hihi..
Ini lebihan untuk orang rumah. Whipping tu x cukup malas nak putar yang baru untuk topping sebab kat tengah kek tu dah letak sekali dengan buah strawberry. Lupa nak amik gambar dah potong sebab keknya dimakan esok pagi. Malam tu dah siap buat terus ngantuk dan tido. hehe..
Happy bila orang happy. :D Resepi kek ni sama je macam kek2 yang lain, cuma saya cuba letak sedikit jem strawberry dalam adunan kek dan sedikit sirap berperisa Ros. Dan hasilnya sangat la sedap. Boleh la cuba untuk mempelbagaikan rasa kek. Saya suka buat kek menggunakan sukatan cawan sebab ia lebih mudah dan cepat. :)

Bahan-bahan,
  • 3 biji telor
  • 1 1\2 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung hotcake
  • 1 sk baking powder
  • 1\2 cawan mentega cair\minyak sayur
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 sudu besar strawberry jem
  • 1 sudu besar sirap berperisa Ros
Cara-cara,
  • Pukul telor dan gula hingga kembang
  • Masukkan minyak, ovallete dan strawberry jem, pukul lagi
  • Ayak tepung dan baking powder, masukkan ke dalam adunan berselang seli dengan susu
  • Masukkan sirap ros gaul sebati
  • Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak
  • Sejukkan kek dan belah dua
  • Hias dengan whipping cream, strawberry jem dan buah strawberry.

7 comments:

Unknown said...

wah cantik! suka strawberry:)

Hanis MY said...

bestnyaaa nanti sy nak g makan kek special kat yonezawa hehe...

Unaizah said...

Salam ziarah. Came across your blog thru Nuffnang. Suka la!! Follow you and add your blog to my bloglist ye...

Umie said...

haishh, kalau dekat dah lama saya pi terjah umah akak nak pi menelan kek2 tu.. semuanye sedap2 sekali..huhu

Idayu said...

amboi as, teknik mendeco dh semakin maju nmpak...kawaii jek kek tuh

fazian.batrisyia said...

Pandainya buat kek...bole bukak class ni...

Asmara said...

Nieza, apa2 yg unsur straberry mesti sedap. hehe..

Hanis, haha.. boleh2!

Unaizah, terima kasih. datang lagi. :)

Umie, ekekeke.. meh la kalau sudi.

K Ayu, ala kak paling basic je, tp yg lain hampeh je. hahaha..

Yan, huhu.. makan sendiri boleh la yan. hehe..