Monday, January 31, 2011

Yonezawa Ski


Ini cerita hari Rabu yang lalu, lepas balik sekolah, bawak budak2 ni main kat sini kejap. Kat sini tempat orang bermain ski dan snowboard. Ada tempat khas untuk budak2 main sori\sledge ni.

Gembira la sebab kat rumah punya pendek je, sampai sini syok abis dapat meluncur dengan lajunya. Masa ni ada kumpulan budak sekolah belajar main ski. Short course untuk budak2.

Saje buat2 jatuh. Pergi waktu hari biasa orang tak ramai, kebetulan haritu cuaca pun best je. Haqem pun merasa naik sori nih. Tapi naik dengan mama la. Haqem pun suka sangat.

Duduk sekejap boleh la, lebih 5 minit dah nangis. huhu.. pastu gelak tengok kakak jatuh.

Merasa pegang salji eh. Merah tangan, Haqem tak suka sejuk2 nih, dapat berapa kali je meluncur. Paling happy Batrisya ngan Haziq la.

Hari Jumaat lepas Batrisya dan Haziq mula naik bas ke sekolah. Papa tak larat dah nak membersihkan salji kat kete tiap kali pegi dan jemput balik, last2 naik bas lagi senang. hehe.. tapi mama kene tunggu jugak kat simpang, bas besar tak boleh masuk lorong rumah, sempit disebabkan salji yang memenuhi jalan. Yang bagusnya masa bas sampai sampai tu memang agak tepat walaupun +-5 minit. Tapi masih ok lah, cuma makin lambat sampai rumah. Biasa waktu balik pukul 2 tapi naik bas ni kene tunggu jam 3:40 petang. Waktu pegi pulak 9:40 pagi. Budak2 ni suka naik bas. Sensei pun ikut sekali dalam bas. Masa turun tu sensei akan make sure budak2 ni sampai betul kat tangan kita. Dia tak akan biar budak berlari pegi kat mama, dengan sensei2 sekali berlari pergi kat mama. Yang kelakarnya hari pertama naik bas Haziq boleh tido pulak dalam bas. haha.. Bagusnya Jepun sistem dia sangat teratur dan budak2 pun lebih selamat. :p

5 comments:

Hanis MY said...

seronoknyaaa bila sy nak sampai sana ni? teringin nak jumpa kak as... agak2 baper jam yer dr sendai, kalau dr zao onsen tu jauh lagi tak kak as?

Umie said...

wah3x, suka nye diorg ye.. saya nie nak kena tunggu si kecik beso sikit baru la bole nak pi main pun..huhu..

betul3x, sensei2 kat jepun nie mmg mementingkan keselamatan anak murid dia..selalu duk tgk sensei2 kat gakko dpn rumah ni..hihi

Unknown said...

wah bestnyer tgk bebudak main salji kan...kat sana pun tebal yer....sama lah mcm kat sini...susah nk drive jln licin.

Asmara said...

Hanis, dari bandar Yamagata 45 minit- sejam jugak untuk sampai Yonezawa. +-2 jam gak kot dari sendai. Apa2 nnti Hanis calling2 la akak eh. :p

Umie, hehe.. sempat tak antar Muazzin ke sekolah sini nnti. hihi..

Nieza, tu la mmg bwk 30-40kmj je. Hari ni pun lebat lagi kat luar tu. huhu..

fazian.batrisyia said...

senseinya sangat bertanggungjawab kan..bagus2...parents tak lah risau sangat kan kalau cam tuh...