Wednesday, February 2, 2011

Masalode @ Vadee

Kuih buat minum petang. Kacang dhal tu dah lama duk tersimpan, takut rosak plak, rendam semalaman baru lembut sikit bila diblend. Lama gak tak buat ni, teringat plak vadee aci pasar malam tu. hehe.. dulu wajib singgah beli ngan dia. orang lain buat x sesedap tangan aci tu buat. haha.. tp dia buat guna sarung tangan dan goreng kat situ jugak.
Kuih ni sedap makan dengan lada hijau yang rangup tu. Tapi xde stok, makan camtu je lagipun lada kering tu dah jadikan dia ala2 pedas. Untuk budak2 goreng asing tak letak lada dan daun kari. Tapi budak2 ni tak minat sangat lak. Resepi ni tengok yang penah buat sebelum ni. :) TQ tuan punya resepi.

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.

5 comments:

wan syamilah said...

sya tk berapa nk suka makan kuih ni..tp mkn jugak sebiji dua... ;-)

Unknown said...

saya suka kuih ni:)

Unaizah said...

Kalau tak silap, yg ni masalode. Vade yg satu lagi tu yg tepung je takde dhal. Btw, suka sangat masalode kat brickfield (depan KFC).

Nieda said...

Kuih ni mmg sedap dan menjadi kegemaran kami. Kalau nak berniaga mmg untung sbb kacang ni murah dan boleh dpt byk bila dia kembang.

Asmara said...

Syamila, ada org mmg tak minat kuih ni kan. saya pun beli ngan aci tu je, ada org jual mmg tak menepati selera kita kdg tu.

Nieza, suka eh! hehe.. kene ngan org pandai buat mmg sedap.

Unaizah, haah betul la tu. yg vadee tu sebenarnya yg mcm donut gitu. hehe.. ikut je nama tuan resepi bagi.

Nieda, betul tu kan. tp ye la kalau tak pandai buat tak berapa nak sedap, lg2 kalau kuih dah sejuk lain macam sikit rasanya. hehe..