Friday, February 11, 2011

Stalactite Ice yang merbahaya..

Bila musim sejuk akan terjadinya stalactite di keliling rumah kami. Salji yang mencair tetapi tak sempat jatuh ke tanah dah jadi ais. hehe.. agak je. Sebab suhu yang sentiasa dibawah paras 0C menyebabkan air menjadi ais. Act. ais ni sangat la bahaya kalau jatuh atas orang. huhu..
Dekat luar ni la budak2 selalu main. Tiap kali keluar mama mesti bersihkan dulu ice tu, tolak dengan penyidai baju kaler hijau tu.
Rumah sebelah dari jarak dekat sikit.
Kalau tengok waktu malam jadi lebih menakutkan. ;D
Betul2 tepi sliding door rumah. Hari ni cuaca agak panas ais ni mencair dan jatuh sendiri. Masa jatuh tu memang terperanjat2 dibuatnya sebab kadang tu terlanggar pintu.
Ikutkan saiz sebenar ni ada yang hampir sebesar kaki Batrisya. Oh ye malam tadi ada jishin (gempa bumi) berskala 3. Nasib baik takde apa2, tapi memang terasa la dunia ni bergoyang2, dalam tempoh 1 minit camtu jugak la. Tempat kami jarang kene jishin sebab duk dikelilingi gunung ganang. Kowaii(takut) jugaklah.

Hari ni Jepun public holiday lagi sempena national day. Tempat kami ada buat Yuki Matsuri (Festival salji) bermula hari ni hingga Ahad. Tiap tahun buat, mesti dah mula sesak bandar Yonezawa hari ni. Kami mungkin pergi malam esok, katanya lebih besar kali ni. Jemput la datang ke sini. :D

9 comments:

Chik Att said...

tajam tajam...
bahaya gak ekkk .... ais keras....
kena hati2 ...

Unknown said...

bahaya sey...ish takut tak perasan jek klu gah jln kat bawah ais nih....bahaya sesangat...klu dekat dah datang dah...hehehe

lady lavender said...

the art of ice...cantik kaann..tp kena hati2.
p/s: ehh..takut pulak dengar ada gempa bumi. take care!

anie,Nagoya said...

puhhh...puhhh...sampi tak angin hangat dari sini?aduh as, sejuknya tak dpt ku tanggung.jgn ko org beku lam umah udah le ya.....

Unaizah said...

Kenala selalu beringat, bahaya ais gitu...especially to children sebab diorang main redah je.

Umie said...

kat sini pun ada stalactite ice gak kak As..tp kecik2 mcm titisan embun dr daun..kih3x... seram kan tengok bentuk ice tu.. jiran sebelah kitorg pun pegi Iwate tgk yuki mitsuri tu..kitorg tak pegi sbb hubby sibuk wat jikken nak anto paper..takpela byk thn lg kat sini..hehe.. akak kat sana sampai bile? mana tau sempat bertemu-temuan nanti..hehe

Asmara said...

Chik Att, haah mmg tajam dan sangat bahaya ni, kalau jatuh atas orang. isk2....nauzubillah..

Puteri Aizat, hehe.. mmg tak berani lalu tepi2 nih, carik nahas tu. hihi..

Lady, Jepun mmg selalu gempa ni. Alhamdulillah tempat kami jarang kene.

Asmara said...

K Anie, haha.. sampai la sipi2 angin hangat tu. ni kalau xde heater mmg confirm beku. Ayam dok kat sinki seharian pun tak cair2. Tepi tingkap rumah kami jadikan second peti ais, letak fresh milk dan air kotak. hehe.

Unaizah, tq. haah mmg kene hati2 nih, ni kalau panas ais tu mencair dan jatuh sendiri. Cuaca kat sini mmg tak menentu. Malam tu memang minus la siang ada matahari tapi tetap sejuk.

Umie, meh tahun depan dtg sini nak! taun lagi satu boleh ke Iwate. kami sampai taun depan, InsyaAllah..

fazian.batrisyia said...

Seram gak....moga ko & family selamat ye....