Monday, February 21, 2011

Blueberry Cheese Tart

Salah satu list tart yang nak cuba dibuat. Akhirnya berjaya jugak membuatnya. Tertangguh nak buat sebab takde acuan tart yang kecik2 tu. Ini pun guna acuan muffin, pastry jadi sedikit tebal. Tapi memang sedap la. :D. Suker... lain kali nak buat lagi.
Disebabkan pastri agak tebal jadi masa pembakaran ditambah 15 minit bergantung oven masing2. Tart ni pun dibuat khas untuk adik Pooja yang teringin nak makan. hehe.. Terima kasih tuan punya resepi. :)


Bahan-bahan untuk Pastry
  • 125g mentega
  • 60g gula icing
  • 1 biji telor (size B)
  • 240g tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling (Inti)
  • 250g cream cheese
  • 50g gula icing
  • 20g mentega (lembutkan)
  • 1\2 sudu perahan lemon
  • 1 biji telor (gred B)
  • Blueberry pie filling
Cara-cara,
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

10 comments:

Kamalia said...

ye kak,ni jugak antr list yg belum dibuat..xdo acuan..tp yg jenis pie dah 2x buat, sedap n senang..hahaha..sekali buat je..

psstt..cntikla akak buat lorek2 tuh..tergoda aii..:D

Chik Att said...

ada dlm wishlist gak ... tapi tk jadi2 lagi

Bibu said...

kkanie bawa muffin.

eh?!...kertas cup tu same le.

Hanis MY said...

YUMMY!!!! hanis dah lama nk wat tapi kan sampai skrg tak wat2 pun haha... eh silap huhu...sadis...

AZIE said...

sedapnyeeee.....yummmmyyy

Unaizah said...

I nak pindah dok sebelah rumah u la. Boleh tumpang makan-makan hihihi....

Idayu said...

akk pon suka tart nih..
tp kalu buat mkn sensorang jek...sbb hb kata kalu mkn bnyk2 jadi muak.

Asmara said...

Kamalia, tangguh punya tangguh baru ni le buat, hentam je la guna acuan muffin. kita yg makan dia kan! heheh..

Chik Att, hehe.. x lama lagi jadi la tu. :D

K anie, hahaha.. Daiso mari.

Asmara said...

Hanis, xpe balik mesia je nanti makan. ekeke..

Zila! hahah.. jom buat lagi nak!

Unaizah, haha...boleh2, hari2 kita tukar2 masakan nak!

K Ayu, hihi.. En sofian tu perut kecik xleh makan banyak. xpe tart ni boleh disimpan beberapa hari. Biasa orang buat biskut raya. hehe..

Unknown said...

wah menarik ni..dh lama masuk list tapi lum sampai seru nk buat lagi...nampak menarik juga tak guna acuan tu yer...kreatif tu.