Saturday, January 29, 2011

Blueberry Cake

Minggu ni adalah minggu membuat kek. Seminggu ni dah buat 5 biji kek. Tapi bukanlah makan sorang. Buat untuk orang2. :) Kek ni buat untuk adik2 rumah sebelah sempena kenduri makan2. Bagi sebijik macam ni. Kek nampak tinggi sebab tengah dia lapis dengan whipping cream dan blueberry. Budak2 ni kata macam kek keladi sebab dalam dia kaler purple. hehe..
Resepi ni guna resepi kek blackforest dari allrecipes.com macam tempohari. Dengan rajin ku translate dalam melayu dan mengikut citarasa sendiri. :D


Bahan-bahan,
  • 3 biji telor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 1\2 cawan minyak sayur
  • 1\2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanilla
  • Whipping cream
  • Blueberry jam
Cara-cara,
  • Pukul telor dan gula hingga kembang
  • Masukkan minyak, baking powder, soda bikarbonat dan esen vanilla, gaul sebati
  • Masukkan tepung, serbuk koko dan fresh milk selang seli gaul sebati
  • Bakar oven pada suhu 180C selama 45 minit.
  • Sejukkan kek. Belah dua.
  • Putar whipping cream dan campurkan dengan blueberry jam
  • Sapu bahan putar di tengah kek dan tutupkan.
  • Hias dengan baki whipping cream tadi dan blueberry jam.

4 comments:

Unknown said...

As salam kak, menarik tgk kek akak ni...boleh cuba resepi ni nanti..tq for sharing:)

nur easy said...

nampak y ni, rasa nak y camni pulak..haruslah dicuba ni

lady lavender said...

owwh..sungguh2 menarik.ingredients pun mudah dpt. mcm nak try jugak la..TQ for sharing the recipe :-)

Asmara said...

Nieza, kek senang. hehe.. yg penting jadi kek dan sedap. :p

Nur easy, mmg mudah ikut resepi asal pun lebih kurang camtu jugak lah.

Lady lavender, bahan semua basic je, cuma ada tambah itu ini sikit. hehe..