Wednesday, January 12, 2011

Pandang2 di Dotonbori Namba Osaka


Perjalanan diteruskan ke Osaka. Kami singgah sebentar di Osaka Castle, tapi haritu tutup awal dah nak bercuti dah. Memang plan tak masuk cuma singgah amik gambar je.

Jalan malam2 di bandar Osaka. Warna-warni cantik lampunya. Osaka lagi cantik illumination nya. Osaka merupakan bandar kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo.

Kami ke Dotonbori Namba Osaka, bergambar dengan trade mark Osaka. Antaranya restaurant ikan buntal, hanya tukang masak profesional dan bersijil dibenarkan masak ikan buntal ni. Tapi kami tak berani cuba la.

Restaurant Kani (ketam) Doraku. Memang popular di Osaka, tapi harganya agak mahal kami plan nak makan 'kani' di tempat lain. :) Waktu ni memang ramai sangat orang, membeli belah untuk raya agaknya. hehe..

Papan tanda besar Glico antara mercu tanda Osaka. Dibawahnya ada bot yang boleh disewa untuk menyusuri bandar Osaka. Tapi kami tak naik la dah gelap. :) Kami berkesempatan merasa makan takoyaki pilihan no. 1 rakyat Osaka. Rasanya sedap jugak dan ada pelbagai perisa, kami makan yang basic je la. :D Jika ke Osaka mesti cuba makan Takoyaki nih. Oh ye lagi satu miso shiro di Kansai area sangat tak sama dengan Tohoku area. Warnanya merah dan lebih terasa rempahnya, jika di Tohoku warnanya lebih jernih dan lebih sedap! hehe..

4 comments:

Hanis MY said...

tak nak makan la miso di kansai, nasib baik kak as dh bgtahu, bestnyaa g osaka..hanis pernah sampai USJ je, bandar osaka tak g pun... baru tahu yg rest ikan buntal tu hanya pilih tukang masak bertauliah shj...mesti mahal makan kat situ...

anie,Nagoya said...

As dah penh mkn takoyaki yg cicah sup?tapi tak tau sop apa?warna cicah tu cam jernih.kita ke osaka sekali je.cuma g main kat USJ.thn lepas tak ada rezeki nak g.uummm...thn ni dpt ke?nak jln2 jpn lak.

anie,Nagoya said...

tu le...kalo kkanie ada masa As dtg gifu tu leh jmpa.kalo sudi le...hihihi...bleh panggil As ke?

Asmara said...

Hanis, hehe.. nnti kalau makan yg setto dia mesti ada. tp rasa je, kot la kene ngan tekak hanis. tp mmg tak berapa nak sedap. hihi..

K anie, oh ada ye takoyaki cicah sup. tak penah cuba lak yg camtu. Nanti dtg la Tohoku boleh jumpa kami2 yg kat sini. *eh mmg betul la tu panggil As tu. hehe..