Thursday, January 13, 2011

Universal Studio Japan (USJ)


Kalau dah sampai Osaka wajiblah kita ke USJ nih. Kami ke USJ pada 28 Disember 2010. Waktu kami tiba memang ramai orang, cuma tak sesak sangat dan waktu menunggu untuk masuk ke ride attraction yang banyak tu lebih kurang 20 minit hingga ke 40 minit. Oh ye kat USJ takde fast pass macam Disneyland.

Bergambar dulu la. Waktu ni tak banyak pulak character yang keluar, ada keluar tapi mama malas pulak nak bergambar.

Kalau bawak baby memang tak banyak la ride yang boleh masuk, jadi kami gilir2 jaga Haqem dan Haziq yang tak lepas ketinggian untuk masuk. Spiderman ni best! tapi mama pening gak kepala sebab pakai spec 4D tu. huhu..

Jurassic park ni pun best! abis basah seluar, hehe.. banyak jugak show kat stage, tapi biasa2 je.

Nak bergambar dengan snoopy kene beratur, amik gambar dari tepi je la. Batrisya baru lepas keluar tengok 4D Shrek ngan Sesame Street.

Kalau nak masuk ke USJ kene pagi2 baru puas hati dapat masuk semua ride attraction dia. Kami seharian jugak dalam ni. Tapi agak tak best sebab petang tu hujan la pulak. huhu.. jadi parade dibatalkan. Kesempatan ni papa masuk la mana2 ride yang dia tak masuk siang tadi.

Masa winter ni siang jadi pendek, pukul 5 petang dah gelap gulita. Kami ke sini menaiki kereta. Parking tiket adalah 2200 yen sekali masuk. Pengangkutan awam pun disediakan, tapi kami ni bawak 3 anak naik kereta lebih mudah. :)

Tiket masuk untuk seorang dewasa 6100 yen dan kanak2 4-11 tahun 4100 yen dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Tiket USJ lebih mahal dari tiket Disneyland. Kesimpulan pada saya Disneyland lagi best dah lebih berbaloi untuk anak2 dan juga orang dewasa, USJ pulak macam lebih sesuai untuk orang dewasa walaupun ada jugak ride untuk kanak2. Batrisya pun tak begitu teruja sebab dia agak takut naik roller coster dan pakai spec 3D yang kadang2 memeranjatkan. USJ pun nampak lebih kecil kawasannya berbanding Disneyland. Namapun universal studio kan, lebih ditunjukkan tempat2 dan cara2 filem dibuat. Ini pandangan saya je yang bawak anak2 untuk bersuka ria. hehe.. tetapi USJ tetap menjadi salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi jika anda ke Osaka, Japan. :D

6 comments:

Hanis MY said...

wahh bestnyaa, yelah kak hanis tak suka spiderman tu penat beratur tapi bila masuk nyesal sebab pening huhu roller coaster pun takut gak nak naik hehe...

Putri_Aizat said...

whoa...bestnyer...teringin nak ke USJ nih...tapi universal studio kat Singapore tu pun tak terpegi ni kan nak gi kat Osaka...tapi berharap gak mana tau dapat gi ke satu hari nanti...mesti best..

anie,Nagoya said...

kkanie lbh suka usj dari disneyland.nekad thn ni nak cuti2 kat osaka.insyallah...kalo ada rezeki kita jmpa.As lama lagi ke kat jpn?ssh nak ajak hubby kalo tmpt jauh2 ni.kalo kita no hal...sbb kaki jln

Asmara said...

Hanis, kite byk yg pening. hehe.. lg satu takut pd ketinggian pun ada.

Puteri Aizad, InsyaAllah ada rezeki mesti sampai kan! :D

K Anie, hehe.. xpe lain org lain rasa ye kak. sbb bwk anak2 rasa cam disneyland lg best. hehe.. ala kak naik pengangkutan awam pun boleh je, kami boleh amik. :)

Iryd and Pitt's little diary said...

Syoknye..kak As dah smpai universal studio..iryd lum pi lagi..:)

Asmara said...

Iryd, xpe byk masa lagi boleh pegi. Baru Aichan sorang ok lagi. hehe..