Monday, December 13, 2010

Laksa Penang

Laksa Asam atau biasa orang panggil laksa penang. eh betul ke!. Laksa yang paling senang la nak buat. Laksa ni guna mee udon, Saya adalah sangat malas nak rebus ikan dan buang tulang, jadi guna mackerel dalam tin saja. Kalau suka letak cili padi tp guna cili kering tu pun dah rasa pedas. :D. Resepi dari kawan lama di Sheffield dulu (first time belajar buat laksa dari kak Ina). :)

Bahan-bahan,
1 paket laksa\udon
1 tin mackerel
1 biji bawang besar
5 keping asam keping
3 biji cili kering
1 inci belacan
1\2 batang bunga kantan
2 batang daun kesum
1\2 liter Air
Garam secukup rasa
*Ulam*
Telor rebus
Bawang besar
Timun
Salad\Limau\cili padi (optional)

Cara-cara,
1. Blend bawang besar, ikan, cili kering dan belacan
2. Rebus bahan kisar dan masukkan asam keping
3. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan
4. Masak hingga mendidih (guna api perlahan)
5. Rebus udon, toskan dan tuang kuah yang telah masak
6. Makan bersama bahan ulam.

3 comments:

CT said...

Sedapnya laksa Penang.Makanan paberet kita...

♥ manje ♥ said...

salam ziarah

feveret kita jgk ni
laksa mcmni mcm2 versi
laksa kedah pon mcmni gak

Asmara said...

CT, hehe.. nak buat pun senangkan!

Manje, oh ye, kita ni org ajar baru tau buat, tp sebenarnya kita tak minat sangat laksa. Sekali sekala makan ok jugak. hehe..