Friday, November 26, 2010

Sakhalin Surf Clam Gratin

Salah satu jenis makanan laut yang bercengkerang. Banyak terdapat di belah2 utara pantai Jepun terutama kepulauan Hokkaido. Lebih kurang macam oyster jugak. Test beli 3 ketui je. Rasanya lebih kurang makanan bercengkerang yang lain, cuma isinya yang tebal dan besar. Resepi gratin ni ikut resepi Ros jintanmanis lagi, tp ros guna oyster. Mekasih Ros share resepi. :) Buat ikut separuh sukatan. Rasanya memang sedap dan cheezy!

Bahan-bahannya

7 ketul tiram segar bersama cengkerangnya

1/2 cawan tepung gandum

4 sudu besar butter ( 2 sudu butter untuk saute, dan 2 sudu butter lagi untuk white souce)

sedikit mix cheese

sedikit parmesan cheese

1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)

1/2 cawan air

2 sudu besar tomato ketchup

lada sulah

garam

sedikit daun dry pasley atau oregano

Cara-caranya

1. Keluarkan tiram dari cengkerangnya ( kukus dulu tiram tu) masukkan di dalam bekas, dan campurkan dengan sedikit lada sulah, garam dan salut dengan tepung gandum. Kemudian saute dgn butter dan biar agak perang. Angkat dan ketepikan.

2. Buat white sauce- menggunakan fry pan yang same, masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan tomotao ketchup, 1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan biarkan agak pekat, baru masukkan lada sulah, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan.

3. Cengkerang tiram di basuh bersih dan sapukan sedikit butter, kemudian letakkan dlm 1/2 sudu white souce dan letakkan tiram yang di saute tadi, tutup tiram dengan 1/2 sudu white souce lagi, dan tabur pemukaan gratin dengan mix cheese dan parmesan cheese, akhir sekali taburkan dry pasley atau oregano. Ulang langkah tadi hingga tiram habis. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 35 minit atau sehingga permukaaan gratin perang.

4 comments:

~ yus ~ said...

Nampak macam sedap...

WaNNi said...

sedapnya, dah ada snow tak kat sana

Fith said...

oishisouuu,sedapnya nampak.nanti nak try laa,tp rasanya kat sini takde kot benda ni,takpe,ganti oyster pun boleh kan...

Asmara said...

K yus, sedap cremy n cheezy!

Wanni, kt rumh lom lg, tp kt gunung tepi dah putih dah. taun ni lebat salji kt uk ek dan cepat!

Fith, haah boleh je. sini pun mahal gak sekkatul nih. :)