Wednesday, November 10, 2010

Puding Kastad Koktel

Puding kastad koktel ni dah beberapa kali buat. Antara pencuci mulut yang senang dan sedap. Kadang2 tekak tu terasa2 je nak makan puding, nak beli mmg tak dapat la kat sini. Nak tak nak kene la buat sendiri.
Dulu kecik2 mak selalu jugak buat puding ni, masa sekolah2 dulu mak memang rajin buat kuih untuk makan anak2. Sekarang sejak kami semua dah besar tak penah buat dah. Rindu nak makan masakan mak. huhu.. Mak saya pun baca blog ni. hehe.. Mak cakap asyik gambar makanan je, bila la nak diet. Tengok saya tunjuk kek je dia dah geleng kepala. hihi.. ala mak kat sini takde kedai jual kuih, kalo kuih beli saya tak tunjuk. Maknanya saya ikut kerajinan mak dulu suka buat kuih. hehe.. (Kadang2 sambil mak baca blog sambil berskype dgn saya). Resepi mak yang bagi. :D

Bahan-bahan kastad,
1 cawan tepung kastad
5 cawan air
3 sudu gula
1\3 cawan susu sejat (guna fresh milk)

Cara-cara,
- Campurkan semua bahan ke dalam periuk
- Kacau atas api hingga berkilat
- Tuang atas loyang dah sejukkan

Bahan-bahan kuah,
- 1 tin buah2an koktel
- 3 cawan fresh milk (atau susu sejat)
- 2 sudu tepung kastad
- 1\2 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara,
- Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih
- Sejukkan dan dimakan dengan puding kastad

2 comments:

~ yus ~ said...

Lain kali akak nak buat apa2 refer kat blog As saja, semua dah ada...mmmuah.

Asmara said...

hehe.. ala kak, yg pestime buat je letak. yg biasa2 tu tak amik gambo pun. padahal hari2 masak macam2. huhu.. penat ari2 pikir nak masak pe.