Tuesday, November 9, 2010

Autumn in Yonezawa

Hari Sabtu lepas cuaca pagi sangat cerah dan sedikit panas. Memang sangat best la jalan2 waktu ni. Kami jalan sekitar rumah tengok2 daun pokok yang dah bertukar kaler.
Pokok sakura yang dah kering, lepas habis gugur tinggal ranting je nanti. Sekarang ni hujan tiap2 hari lagi cepat la gugur daunnya.
Suhu waktu ni lebih kurang 14C. Minggu ni suhu paling tinggi dalam 13-15C dan suhu paling rendah adalah 3C! Siang sekejap sangat, pukul 4:30 dah Maghrib. Pukul 5 tu dah macam kul 9 malam je. huhu...
Kalau nak keluar kena pagi2 dapatlah tengok matahari. Cantik pokok2 ni bila tukar kaler.
Budaya Jepun ni menarik jugak, tiap kali tukar musim mesti ada aktiviti dan perayaan. Macam sekarang ni musim luruh/autumn/Aki diorang akan jalan2 tengok pokok2 dan akan berimonikai (makan sup daging campur sayur2an masak dalam periuk ditepi sungai atau padang beramai2). Kalau musim bunga/spring/haru, wajib la diorang duduk bawah pokok sakura sambil berkelah. Musim winter/fuyu plak mesti ada matsuri ukir2 ais batu dan musim panas/summer wajib ada pesta bunga api. Kami yang duduk sini pun dah terikut pulak dengan aktiviti diorang. hehe..
Musim luruh memang sangat cantik bila tengok semua daun bermacam2 kaler. Sebab perubahan cuaca la kan terjadinya pertukaran ni.
Tapi bila perasan macam ada satu pokok yang tak bertukar kaler tak kira musim. hehe.. pokok pine kot.
Pokok yang popular masa musim luruh mestilah pokok momiji/maple. Daunnya paling cantik sekali.
Ini kami naik atas bukit sikit, nak tengok keseluruhan bandar/kg tempat kami tinggal.
Nampak tak, takde bangunan tinggi langsung kat sini. Bangunan paling tinggi pun takat 5 tingkat. hehe.. Tempat ni dikelilingi gunung ganang, bila gempa bumi memang jarang sangat terasa kawasan ni. Bak kata orang tempat ni yang paling selamat di negeri Jepun kalau ada bencana alam. hehe..So far belum pernah kene taufan yang kuat, banjir besar, gempa bumi. Alhamdulillah.. tapi bila musim salji, hampir tenggelam separuh rumah jugaklah.
Kami tak berani nak masuk dalam sangat, baru2 ni ada kes beruang keluar dari gunung. huhu.. takuttt!! Kalau orang tak kacau binatang pun tak kacau kita la kan. Tapi tu berlaku kat pinggir kampung yang berdekatan dengan hutan. Moga2 selamat la kami disini. InsyaAllah..

4 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam as,, cantinya warna warni pokok tu.. kat sini tak pergi lagi nak cari daun kaler2 tu.. bandar la katakan tak banyak tmpat la... huhuhuhu.. yang pasti sekarang semakin sejuk

Asmara said...

Ita, nanti boleh la pegi koen yg berdekatan. tu la sejuk dah macam winter. 5 bulan lagi nak panas balik. huhu..

Unknown said...

As Cantik!! Rindu nak tgk Autumn

Asmara said...

Kak Yus, hihi... mna tau ada rezeki nak gi tempt lain plak kan! kot la din nak wt sabatikal lak. hehe...