Wednesday, November 10, 2010

Mount Gassan

Ahad lepas cuaca panas, memang best sangat waktu ni. Sangat sesuai nak berjalan2. Kami meneruskan misi mencari kouyou di Mount Gassan. Salah satu tempat perlancongan yang popular di sini.
Dalam perjalanan. Pokok2 yang dah bertukar warna.
Gunung bersalji di depan tu adalah Zao, antara tempat yang terkenal untuk bermain ski pada winter.
Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari rumah. Atas gunung banyak pokok dah hampir kering.
Dah nampak Mt Gassan. Kami tak naik sampai ke puncak la, cuma jalan kat bawah2 saja. Waktu untuk bermain ski hanya dibuka pada April hingga Oktober saja. Masa winter ditutup sebab salji yang terlampau tebal. Jadi masa summer boleh main ski kat sini. Bestkan! walau musim panas tapi masih boleh main salji!
Rehat, solat dan makan di sini. Bawak bentou sebab Batrisya sibuk sangat nak berkelah. hehe..
Kawasan ni dijadikan tempat untuk beriadah, ada padang tennis, trek lumba lari, padang golf dan beberapa lagi.
Sungai kecil pun ada, yang pasti sangat sejuk!
Anak2 yang happy dapat main. Sayang anak mama!
Berlatar belakangkan Mt Gassan. Waktu ni matahari panas tapi angin yang bertiup sangat la sejuk.
Batrisya yang pandai dukung Haqem. Kakak yang sangat sayangkan adiknya. Memang sangat boleh harap untuk jaga adik. :)
Seterusnya kami turun bawah nak tengok air pancut ditengah tasik. Tapi ni buatan manusia bukan secara semulajadi.
Pancutan air ni berlaku sejam sekali je. Ketinggiannya adalah 112meter. Jadi kalau terlepas jam pertama kene tunggu sejam lagi la. Air disini adalah antara air paling bersih. Boleh terus diminum dan ada dijual sebotol 100yen. Tengok ramai jugak orang tadah air dari tepi gunung untuk bawak balik. PHnya adalah 7, sangat neutral!
Kami amat bernasib baik dapat tiba tepat jam 4 petang tempohari. Kerana pancutan ini adalah yang terakhir sekali untuk tahun ni. Tempat ni hanya dibuka dari April hingga awal November.
Batu bersurat yang wajib ada di setiap tempat pelancongan.
Sempat masuk muzium tasik. Pelbagai jenis ikan dan hidupan yang ada dalam tasik dipamerkan.
Batrisya baca dan translate balik kat mama. hehe.. Ikan tu ada kaki. Salah satu hidupan yang ada dalam tasik di tepi gunung. Seronok dapat berjalan waktu panas. Lepas ni dah masuk winter memang duduk dalam rumah jela. Agak susah nak berjalan dalam keadaan salji yang sangat tebal di kawasan kami. Minggu ni rasanya panas lagi. Boleh lagi kot nak keluar. hehe.. Banyak lagi tempat menarik yang ada di sekitar tempat kami. :)

3 comments:

Unknown said...

Batrisya macam Alia, mmg kalau mood dia baik sangat boleh di harap menjaga adik. Suka sangat dukung adik dia ke sana sini, tapi bila mood dia kelaut....adusss, geram den..

Asmara said...

hihi.. Batrisya ni sayang bebeno ngan adik dia. kalau cakap je soh jaga mmg laju je dia. Alhamdulillah..

Bibu said...

memang cantik permandangan masa musim Autumn.....sonokan???