Monday, November 15, 2010

Melayan movie..

Dua hari ni melayan movie dan mengadap screen komp beberapa jam. Dalam masa 2 hari ni saya telah menghabiskan beberapa citer yang best. Antaranya...

1. The Amazing Race Asia season 4. (Episod 1-8). Saya memang peminat tegar TARA ni. ekekeke.. sejak musim pertama termasuklah yang version us. Dulu2 rajin tengok reality program macam ni. Malas nak tunggu tiap2 minggu, jadi tengok sekaligus, rasa tinggal 2 episod lagi ni nak abis. Kene tunggu 2 minggu lagi. uhuhu..

2. Twilight, The Twilight Saga: New Moon dan The Twilight Saga: Eclipse. Tiga movie ni tengok secara berterusan. Tak sabar lak nak tengok yang keempat Breaking Dawn, tapi nampaknya belum boleh donlod lagi. Kene tunggu taun depan la pula. Hilangkan mood betul la. hihi.. citer ni pun nyampah kene tunggu setaun baru leh tengok sambungan. Lagi 2 taun baru abis. Wayang Jepun ni lagi la lembap, yg Eclipse tu baru la nak tayang kat wayang sekarang. Ini gara-gara tengok movie dia kat tv jumaat lepas, terus je donlod nak tengok next movie. hihi.. Tengah tunggu Harry Potter lak nak keluar ni. Haritu dah marathon tengok. (ntah kali keberapa). Ini pun kene tunggu bertaun2. Takpe tinggal 2 movie je.

3. Mischievous Kiss, citer Korea. Ini dapat tengok beberapa episod je. Dah agak pening nak tengok banyak sangat dalam masa 2 hari. Ini boleh sambung tengok. Tapi nyampah gak citer korea ni, jalan cerita mesti lebih kurang sama je. Tapi sebab pelakon dia cecantik dan hensom ku sanggup tengok. hihi..

4. Lagenda budak Setan. Oklah baru ada hati nak tengok, agak ketinggalan jugak. Layan jugaklah citer ni, sebab dulu2 suka baca buku Ahadiat Akashah ni.

Di samping itu juga, hari Sabtu ada usrah pada waktu petang. Selalu kami berusrah secara online, tapi haritu adik ni sudi datang ke tempat kami untuk berusrah secara bertentang mata. Jadi sempat jugaklah menjamu adik2 perempuan ni makan di rumah. Alhamdulillah lebih seronok dapat berjumpa.

Ahad pulak masih sempat berjalan ke Momiji Park. Ambil2 gambar. Taman ni baru dibuka. Nanti2 la masuk gambar. Tak sempat lagi nak upload. Ok times up, kejap lagi budak2 balik sekolah. Nak kene melayan anak2 pulak. hehe...