Friday, November 12, 2010

Tuna Puff Segera

Hari ni minum petang dengan tuna puff. Dah lama nak buat sejak tengok Ros buat. Semalam barang order dah sampai sekali ngan roti pratha. Syoknya dapat buat roti puff ni! Memang sedap la dan senang sangat buatnya. Dah tau dah teknik melipat. Terima kasih la kat Ros yang bagi tunjuk ajar cara nak lipat tu. hihi.. Nak tengok cara melipat dan resepi boleh tengok at blog Ros. Mekasih ye Ros sudi share resepi yg sedap nih. Takde pastri guna roti pratha pun jadiklah. Lagi satu kalau nak pedas boleh tambah cili hiris. :D

Bahan-bahan,

3 keping roti paratha segera

1 tin kecil tuna flakes

2 sudu besar mayonis

sedikit hirisan bawang besar

sedikit lada sulah.

sedikit telur ( untuk gliss pada tuna puff nanti)

Cara-caranya

1. Buat inti tuna puff, buang minyak yang terdapat dalam tin tuna flakes, kemudian campurkan dengan hirisan bawang besar, mayonis dan lada sulah.

2. Selepas itu, ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 4 bahagian, letakkan satu sudu besar inti tuna di tengah-tengah roti paratha dan lipat kemas, se-akan bentuk segi tiga, susun tuna puff di atas dulang pembakar, pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit permukaan tuna puff, gliss kan tuna puff dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti paratha dan inti tuna flakes habis digunakan.

3. Akhir sekali bakar tuna puff di dalam oven pada suhu 180darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

1 comment:

Kamalia said...

akak,mmg jd la.cntik je bentuk die..kelasss gitu..:).sy pun br je dpt roti pratha tu smlm..tgok ros buat guna tu je, trus sy beli..tp, lom try buat lg..
p/s:mood rajin hilang..pagi2 skang agk mls, nk msk, dah tghari br leh msk..:(