Tuesday, November 30, 2010

Marble Cheese Brownies

Percubaan kedua membuat cheese brownies. Memang agak mudah buat brownies tak perlu guna mixer pun, tapi tang cheese tu kene jugaklah. Buat ni sempena jamuan raya Aidiladha Sabtu lepas. Google resepi jumpa kat blog noreen. Terima kasih share resepi. :)

Bahan-bahan:
Bahan2 brownies:
250gm mentega
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt esen vanila
Bahan2 cream cheese:
250gm philadelphia cream cheese
1 cawan gula kastor
1 biji telur

cara:

  1. cara membuat brownies: ayakkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. ketepikan
  2. griskan tin 10"x10" dan lapikkan dengan parchment paper. ketepikan
  3. masukkan mentega ke dalam mangkuk tahan panas dan cairkan
  4. kemudian masukkan serbuk koko dan kacaukan rata (pastikan adunan tidak berbentil)
  5. matikan api oven dan ketepikan
  6. sementara itu pukul gula dan telur dengan menggunakan whisker sehingga sebati
  7. tuangkan ke dalam adunan koko tadi dan kacau rata
  8. masukkan susu cair dan kacaukan sebati
  9. setelah itu masukkan tepung dan kacaukan sebati
  10. akhir sekali masukkan esen vanila dan kacaukan rata
  11. ketepikan beberapa sudu besar (agak2lah) adunan untuk di paipkan ke atas cream cheese
  12. tuangkan ke dalam tin kek dan ratakan
  13. bakar pada suhu 175C selama 20-25 min
  14. cara membuat cream cheese: pukul cream cheese sehingga gebu
  15. kemudian masukkan gula dan pukul lagi
  16. akhir sekali masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
  17. setelah brownies masak keluarkan dari oven dan tuangkan adunan cream cheese ke atasnya
  18. ratakan
  19. kemudian paipkan adunan brownies yang telah diketepikan tadi ke atas cream cheese dan buatkan line seperti di dalam gambar
  20. lorekkan dengan menggunakan batang mancis ikut pattern yang disukai
  21. setelah siap bakar lagi selama 15 min atau sehingga masak
  22. keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuka barulah dipotong
Ini selepas dibakar.
Ini selepas dipotong. :)

6 comments:

Umie said...

Salam kak As,

brownies mu ittew sungguh menawan kalbu.. huhuhu

saya nak buat duk bertangguh2 aje...isk3x

Hanis MY said...

Salam Kak as, mohon singgah dan folo, tengok link akak kat blog kawan sendai iryd and pitt's little diary... cantiknyaaa cheese brownies tu ada masa nak cubalah...

Iryd and Pitt's little diary said...

wahhh..oishii so..nk try la..bahan dia cam simple..thanks kak as for da recipe..mau try..:)

Asmara said...

Umie, sodap cheese brownies nih. kite pun dpt mkn 2 ketui je. hehe.

Hanis, mekasih. cubala hanis senang je buat nih. :D

Iryd, wajib try, tp kalo iryd makan mau 2\3 hari baru habis nih. hihi..

Umie said...

salam kak As,

"philadelphia cream cheese" tu beli kat supa nihon nie gak ke? nak try buat gak le...;-)

Asmara said...

umie, akk beli cream cheese jenama topvalue tu. InsyaAllah boleh makan. :)