Monday, November 8, 2010

Kek Coklat Basah

Kek coklat yang paling senang dan disukai ramai. Act kek ni dibuat bersama2 kawan baru kat sini. Kelakar pulak rasanya, rupanya ada jugak mesian lain yang dah lama duk sini. Tapi tak pernah jumpa. hehe.. act. husband dia yang dah lama, kawan ni baru lagi la sebab baru kawin, lama tak lama dah 10 bulan pun duk sekampung. hehe..nasib baik ada terserempak dengan sorang adik mesia kat sini, dari situ la tukar2 nombor. Sebab dia housewife jugak ajak la dtg lepak kat rumah. Seronok sangat la bersembang2, sambil tu ajak dia wat kek. hehe..
Ini hasil tangan kawan tu la, nama dia Azila. Lupa la pulak nak ambik gambar sama2. Resepi kek coklat yang selalu dibuat sebab paling cepat, senang dan sedap! Lain kali boleh datang lagi, main masak2 sama2. hehe..

Bahan-bahan,
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k vanilla essence
2 biji telor
1 cawan susu fresh
1 cawan minyak
1 s/k nescafe (dibancuh dengan 1 cawan air panas)

Cara-cara,

1. Ayak tepung, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat
2. Pukul telor, gula hingga kembang.
3. Masukkan minyak dan esen vanilla, gaul sebati.
4. Masukkan tepung, susu fresh dan air nescafe, gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang, bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

6 comments:

Messy Mummy said...

Salam kenal2 :)

Sedapnyer Kak tengok your cake. Duk lama teringin nak try baking2 nieh but kat rumah still tak der oven. Bdw, minyak yang akak guna tu minyak apa yer.. Kot2 la husband saya tetiba baik hati nal belikan oven. Hehehe..


Thanks.

P/s: jemput jenguk ke blog saya. :D

Peri PiA said...

salam ziarah,salam kenal

yum2

Asmara said...

Messy mummy, thanks sudi ziarah. oh minyak tu saya guna minyak jagung. nak guna minyak masak lain pun ok atau guna butter yang dicairkan pun boleh.

Peripia, terima kasih. datang lagi. :)

AZIE said...

salam kak as, Memang best sembang and buat kek....nanti kita lepak and buat kek lagi...tunggu i sihat dulu...hehe

Anonymous said...

saya nak tanya yg air panas tu mmg tak perlu sejukkan dulu ye?thanks ye.

Asmara said...

@Anon, tak perlu sejukkan, mmg guna panas2 untuk cairkan nescafe. :)