Friday, November 5, 2010

Yonezawa Matsuri

Weekend yang lalu kami ke matsuri(pesta) yang diadakan di kampung kami. Best sebab banyak jual macam2 barang. Makanan pun banyak tapi nyampah sebab takleh nak makan. Tapi beli jugaklah kakigori ngan dango 2 batang. hehe..
Tujuan utama nak tengok ultraman show la apalagi. Tengok je kat flyer yang dihantar kat post box rumah terus je blok tarikh tu kat kalendar google. hihi.. otomen buat show kat tempat sendiri wajib la pegi kan! hiburan untuk anak2. hehe.. Perasan tak epal banyak2 dalam tong tu.
Mainan free pun banyak, tapi bila free kene la beratur, dapat main 5 minit sorang. Macam2 mainan diorang sediakan.
Haziq yang syok sangat la dapat main lompat2 nih. Selain tu ada basikal letrik, kereta letrik untuk budak2 testing.
Comey tak kete ni! Macam sesuai untuk Batrisya bawak je kan! hehe..
Makan2 sekejap. Yang bestnya sebelum balik semua pengunjung dapat epal sorang sebiji. Epal yang kat dalam tong atas stage tu la. Kami berlima dapatlah 5 biji. Epalnya dah la besar dan sangat manis. Tu yang balik buat pie apple. hehe..
Hari cuti je yang best dapat keluar. Hari biasa mmg duk terperuk dalam rumah la. Lagi2 la sekarang ni musim hujan, sejuk plak tu nak keluar pun berkira2 jugak. Kat rumah sekarang heater dok pasang je. Tapi yang tak bestnya bila musim hujan mula la budak2 ni selsema. Isk2 mencabar jugak nak jaga budak selsema nih. Hidung pun asyik tersumbat. Pagi ni Batrisya tak sekolah pulak, masa antar tadi dia muntah depan sekolah, terus la bawak balik dan pergi klinik. Sakit perut makan asam pedas semalam kot. huhu.. Nasib baik la budak2 ni senang nak makan ubat. Alhamdulillah so far budak2 ni takat sakit sikit2 je, aktiviti tetap macam biasa. Gambate untuk mama lagi!

2 comments:

kew_chop said...

comelnya kete merah tu..hihi
bagusnya semua anak2 kak as senang mkn ubat. ni zayyan sgt bercinta nk mkn ubat, kalo maira pulak suka mkn ubat tak sakit pun tanya leh mkn ubat tak,hihi macam2 peel..

Asmara said...

Murni, dah besar baru nak makan, tp masa bby payah gak, dah besar ni macam sedap sangat pulak ubat tu. hihi..