Bahan-bahan,
Doh,
2 cawan tepung gandum
1\2 cawan butter (potong kecil)
sedikit garam
1\2 cawan fresh milk (sejuk)
Inti,
4 biji epal
3\4 cawan gula perang
sedikit serbuk kayu manis
Cara-cara,
- Gaul tepung, garam dan butter menggunakan jari hingga menjadi seperti serbuk roti
- Masukkan susu sejuk dan uli hingga sebati
- Sejukkan sebentar dalam peti ais
- Kupas epal dan potong dadu
- Masakkan epal bersama gula dan serbuk kayu manis hingga layu.
- Keluarkan doh bahagi 2. Lebihkan untuk bahagian bawah.
- Canai doh pertama dan masuk dalam acuan. Bakar sebentar 15 minit suhu 180C.
- Keluarkan dan tuang inti epal. Topping dengan baki doh tadi.
- Sapu kuning telor untuk lebih cantik.
- Bakar semula suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.
2 comments:
tak pernah lagi buat pie apple mcm ni atau pun versi goreng..teringin nak rasa.tapi budak2 ni blum nak reti lagi makan pie pie ni..tu yg slow sikit lagi nak buat..nanti nanti nak try jugak..
Izah, budak2 kat rumah ni pun bersuap makannya. hehe.. diorang lagi suka makan epal gitu saje. kalau buat pie ni kami je yg makan. hehe..
Post a Comment