Monday, November 22, 2010

Saba Misoni

Hari ni layan makanan Jepun. Ikan saba letak pes miso. Resepi refer kat you tube, ada banyak cara juga nak membuatnya. Ini ikut yang paling senang. Patut orang Jepun ni majoriti kecik2, makanan yang bergoreng hanya tempura saja (less oil betul!). Sedap makan dengan nasi panas, sup miso dan salad. Cepat, senang, sedap dan mudah! hehe..

Bahan-bahan,
2 ekor ikan saba(mackarel) yang telah dibelah dua
2 sudu pes miso
2 sudu soyu (kicap jepun)
1 sudu gula
1 sudu cuka
2 cawan air
1 inci halia (dihiris)

Cara-cara,
1. Campurkan air dan bahan2 lain kecuali ikan dalam kuali.
2. Masukkan ikan dan rebus hingga air hampir kering
3. Angkat ikan dan tuang baki air rebusan tadi atas ikan.
4. Hidang bersama halia yang dihiris nipis.

3 comments:

a n a s t a s y e a said...

macam best je .. nanti nak try buat lah =)

kakyong said...

pes miso tu camana rupanya?

Asmara said...

anastasyea, mmg senang. kalau kat mesia maybe pes miso ada jual kat jusco kot. boleh cuba cari.

Kak Yong, miso ni pes diperbuat dari beras, kacang soya atau barly. kalau kat jepun mmg banyak dijual. orang jepun selalu masak buat sup. Rupa dia macam pes tomyam jugak. hehe.. boleh google gambar kalau nak tengok macam2 rupa miso nih. :)

http://en.wikipedia.org/wiki/Miso