Friday, October 15, 2010

Tori no Kara-Age

Layan menu ayam yang senang ni. Memang sangat sesuai untuk bentou anak2 ke sekolah. Masakan orang Jepun atau dalam bahasa omputihnya deep fry chicken nugget. Resepi dari kak hana sifu memasak tu! hehe.. mekasih. tapi kita wat ayam je, sayur mayur takde. Makan dengan nasik panas dan salad pastu hirup la miso sup. maap ye kite ubah sikit resepi skip yg sayur tu je. hehe.. mekasih share resepi. lap u kak!!

Bahan-bahan
Bahan untuk Ayam Goreng
  • 2 keping dada@peha ayam boneless - potong dadu
  • 11/2 sudu besar syouyu - kicap jepun @ kicap cair
  • 1/2 biji telur L
  • 3 sudu besar tepung katakuriko (tpg gandum or tpg goreng ayam pon bleh)
  • minyak secukupnya - utk menggoreng
  • * 1 inci halia - parut
  • * 2 ulas bwg putih - parut
Bahan untuk Sos
  • *4-5 sb sos tomato
  • *1sb sos tiram
  • *1sk cuka
  • *1-2sb madu
  • *1sb tepung jagung - bancuh ngan air
  • *4sb air
  • *1sk minyak bijan
  • 1/2 biji bawang
Cara-cara
  1. Kocok telur. Gaul ayam yg telah dipotong dadu td dengan bawang putih, halia dan syouyu (jika gune kicap cair kurangkan sedikit sbb kicap cair lebih masin banding syouyu).Kemudian masukkan telur dan gaul rata. bleh letak sedikit serbuk lada sulah jika mahu.
  2. Kemudian gaul ayam dengan tepung dan goreng dengan minyak yg panas hingga kekuningan atau masak.Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan sos ke dalam kuali.
  4. Kemudian masukkan cuka,madu,myk bijan dan air.Kacau lagi sampai mendidih.Kecikkan api. masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn sedikit air. kacau sampai agak2 pekat.
  5. Last skali masukkan ayam goreng dan bawang. kacau hingga kuah kering dan semua ayam bersalut ngan sos tadi. Taburkan dengan bijan sangai. Bleh la dihidang dan mkn panas2 dgn nasi putih.

2 comments:

Don & Nor said...

hahahah...bila baca tajuk ingatkn nama tmpt...rupa2nya masakan. sejak balik m'sia ni..makin jarang memasak. byk sgt kedai kat m'sia ni...huhu. mencabar betul duduk dinegara sendiri..boleh gitu??ahaks..

Asmara said...

Nor, heheh.. biasa la tu kan. bila dah keje mana la nak smpat masak itu ini. tp weekend kene masak gak aa kan. en hubby mesti nak makan air tgn isteri tu. hehe...