Thursday, October 14, 2010

Ultraman Stadium

Antara tujuan ke Kanazawa adalah nak pegi ke Ultraman Stadium. Nak pegi ultraman land jauh sesangat, menarik jugak walaupun stadium dia kecik je. hehe..
Sorry le mama tak hafal nama2 ultraman nih, banyak sangat. Stadium ni ada 2 tingkat tapi bahagian bawah lebih kepada mesin2 permainan dan tingkat atas baru lah ada kedai ultraman dan tempat ultraman buat show.
Kami dapat la tengok show selama 40 minit. Sekarang ultraman Zero yang popular, jadi kisah Zero dan Belia je la. Tiket untuk show 700yen seorang dari umur 2 tahun ke atas.
Dapat jugak bersalam dan bergambar dengan pakcik ultraman Hikari nih.
Aksi wajib la kan. hehe.. Haziq memang muka puas hati giler la dapat jumpa ultraman depan2. Bersungguh dia tengok show sampai habis, kalau budak tak kenal ultraman mesti takut tengok show lawan2 tu, lagi tengok raksasa yg menakutkan.
Tapi bab bergambar memang payah le Haziq nih.
Sebab nak jumpa ultraman Haziq pakai t-shirt ultraman yang papa hadiahkan masa besdey Haziq. Barang2 ultraman ni sangat mahal ok. T-shirt tu je pun dah dekat 3000 yen. huhu..
Mama pun seram je tengok raksasa yang pelbagai rupa nih.
upss.. kaiju tu tolak Haziq. sib baik tak jatuh. hihi..
Kereta otomen. Waktu kami ke sini hujan seharian. Act. kat luar ada playland, besar plak tu. Tapi sebab hari hujan semuanya tutup. Rugi jugak tak dapat main mainan yang banyak kat situ. Tapi puas hati jugaklah cita2 Haziq nak jumpa ultraman tercapai jugak. hehe...

4 comments:

~ yus ~ said...

Ultraman pun ada stadium yer.

Abid sure jeles habis dengan haziq ni....huhu, bilalah dapat peluang tengok ultraman dari depan kan Abid.

As tahu tak, kalau kak yus tanya dia dah besar nanti nak jadi apa? Dia jawab nak jadi otomen..huhuhu

Asmara said...

Kak yus! hehe.. ala kak sape2 pun boleh jadik otomen yg penting pakai je suit tu. hahaha.. adoi xde cita2 lain ke. hehe.. tp budak2 mmg camtu cita2 mmg nak jadik karekter katun yg diorng minat. hihi..

IDA said...

wah menariknye...mesti haziq suke sgt :-)

Asmara said...

Ida, hero pujaan hati dia tu. hehe..