Friday, October 22, 2010

Suatu petang...

Petang Sabtu 2 Oktober yang lalu. huhu.. lama sungguh nak masuk gambar. Haqem yang dah nak masuk 9 bulan waktu ni. Kerut mukanya, panas lagi waktu nih. Sekarang ni toksah kata la suhu dah cecah bawah 10C bila malam. Rasa nak pasang heater je ni. huhu.. tp masih bertahan.
Jalan dan main di taman permainan, aktiviti rutin di hujung minggu.
Batrisya belajar main badminton. Sekejap je main tak sampai 10 minit pun.
Ada pameran binatang seperti kucing hutan, arnab, hamster, anjing, itik, kura-kura, monyet, anak ayam. Binatang yang boleh di pegang, tp macam kucing, anjing, monyet duk dlm kandang la. Cubaan mengail ketam ngan udang kot! (x ingat la menatang apa dlm tu) hihi..
Kura-kura ni duk sekandang dengan angsa.
Batrisya geli nak pegang kura-kura kecik tu. Pegang kejap pastu dicampak balik. sib baik x mati kura2 tu. huhu..
Aishh.. yang ni tak geli pulak. Mama le yg geli geleman. Berani lak budak 2 orang ni pegang hamster. eee.. mama duk jauh2 je. hehe..
Usagi (arnab), Batrisya beriya2 nak pegang. Kawaii sangat katanya! Haziq pun nak pegang tapi tak sampai. Mama takut melompat keluar je. Selain tu diorang ada pegang anak itik, anak ayam dan ketam kecik.
Mengayuh basikal bertayar 4. Best naik beskal nih! Tapi Batrisya dan Haziq tak pandai lagi mengayuh dok tersasar ke tepi je. Isk nak kene beli beskal ke ni? huhu.. tak yah la kan. Belajar main kat sini je la eh. Haziq tak kuat lagi mengayuh, agak berat jugak tu. Taman ni free je, mainan kat sini pun banyak dan free. Bola pun disediakan. Tapi bukak dari jam 9-5 petang je. Hujung minggu kat sini la kami melepak dengan anak2. :)

2 comments:

kew_chop said...

bestnya koen ni, free pulak tu. kat sini byk koen yg best kena bayar. yg simple2 tu jek yg free, huhu

Asmara said...

tu aa kat kg mmg byk tmn free. hehe.. bando payah sikit la tnh mahal. ;D