Setiap penggal sekolah budak2 ni akan adakan hari terbuka. Maksudnya parents boleh datang tengok aktiviti anak2 kat sekolah. Minggu lepas adalah hari terbuka bagi penggal ni, boleh pilih nak datang hari apa. Terbuka selama 3 hari sahaja. Kami datang hari Rabu sebab lepas tu terus nak bawak Batrisya ada appointment check up doktor kat sekolah rendah. Sebelum masuk sekolah rendah budak2 kene buat medical check up. (padahal nak masuk bulan 4 taun depan). Awal betul preparation nak masuk sekolah kat sini. Tak ramai pulak kawan kelas dia dapat sekolah sama.
Masa kami sampai Haziq dan Batrisya duduk satu group. Tengah buat kraftangan.
Donguri ni diorang yang kutip masa aktiviti jalan2 dengan sensei tempohari. Seronok jugak sekolah ni banyak aktiviti. Bulan ni saja diorang banyak jalan keluar. Pergi melawat rumah orang tua, melawat sekolah memandu, bersihkan kebun, masuk hutan. hehe.. tengok gambar kat website sekolah budak ni jela.
Haziq dan sensei kelas. Boleh tukar2 nak buat aktiviti apa lepas ni. Kira kali ni aktiviti bebas la.
Main tanah pun ada, memang diajar budak2 ni main tanah pastu buat bentuk macam2 dari tanah.
Haziq pun nak main tanah jugak nih. Ala2 buat sistem perparitan la ni.
Batrisya dan kawan2. Yang sebelah kanan tu bestpren dia. 2 orang sebelah kiri tu kembar rasanya. Tengok gambar baru perasan macam kembar. hihi..
Dalam kelas Batrisya. Kelas dia boleh tunggu sampai kul 12. Kelas Haziq sampai kul 11 je. Kami sempat jugaklah ambil video aktiviti diorang kat sekolah. Buat kenang2an dikemudian hari. :)
2 comments:
Bagus betul sekolah kat Jepun ni, kecik2 dah dia diajar macam2, kalau kat tempat kita dok asyik ngadap buku aje..pandainya lom tentu kan..huhu
kak yus, tula. kecik2 nak soh pandai sangat. tp dah besar tak kemana sgt pun kdg tu. huhu..kat sini budak2 kecik mmg dia soh explore dunia dulu, dah masuk sek rendah baru lebihkan kat buku. kat mesia sek tadika dah mcm2 keje skolah kene buat. huhu.. mcm nak soh budak2 ni sek sini sampai abis. hihi.. tp apakan daya. sementara saja.. uhuhu..
Post a Comment