Thursday, October 28, 2010

Puding Roti Sos Kastard

Ehem2.. hari ni kita rasmikan hadiah pemberian kak hana yang baik tu. hehe... mangkuk ramekin yang comel. Tapi sebenarnya ada berderet lagi ramekin yang kak hana bagi. Isk2 tak terpakai ni tau! Ni tiap kali guna mesti teringat kat kak hana. ahahhaa..

Oklah petang2 yang sejuk ni perut lapo memanjang. Jadi ada lebihan kulit roti kita wat la puding roti. Kali ni kita wat campur biskut cracker, bebudak ni le bukak banyak2 tapi tak makan. nak simpan malas pulak sebab dah pecah2 macam tu. Jadinya kita buatla puding roti campur biskut. uii... sedap gak tau! Resepi sos kastad kite tengok kat kamalia. mekasih ye dik! Ada sesapa nak cuba? hehe..

Bahan-bahan,
Roti dan kulit roti (anggaran 3 keping)
1/2 cawan biskut cracker
1/2 cawan air panas
sedikit kismis
1 sudu butter
1 biji telor
2 sudu gula

Cara-cara,
- Rendam roti dan biskut dalam air panas
- Pukul telor, gula dan butter
- Campurkan dalam rendaman roti dan biskut tadi
- Gaul sebati
- Bakar pada suhu 190C selama 30 minit.

Sos kastard:
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil essence vanilla

Campurkan semua bahan, kacau hingga tepung sebati dan masak atas api kecil sehingga kuah sedikit pekat. Angkat dan ketepikan.

2 comments:

sweetsal said...

salam, sedapnya puding roti sos kastard tu, boleh makan waktu petang ni, rajinnye masak..

Asmara said...

hehe.. kebetulan ada balance kulit roti dan biskut yg budak2 tak makan. nak buang sayang la pulak kan. tp sedap makan dengan sos kastad ni.