Saturday, October 23, 2010

Family Festival

Family Festival Kashinomi Yochien. Baru perasan belom masuk list lagi nih. Tarikh 28 Sept lepas. Tiap tahun pihak sekolah budak2 ni jemput tengok konsert. Bertempat di Uesugi Auditorium.
Ketibaan Haziq dan rakan2 kelas. Haziq yang kene pegang dengan sensei dia tu. Budak2 datang dari sekolah naik bas.
Masa ni mama dah sampai dulu. Batrisya pun dah sampai awal, kelas dia dah duk dalam dewan.
Suasana dalam dewan. Tak ramai jugak ibu bapa yang datang. Semua sibuk bekerja agaknya.
Persembahan silap mata. Guru besar kata konsert ni hadiah pada semua budak2 sempena penat2 bersukan tempohari.
Persembahan muzik dan menyanyi. Mesti ada penyanyi yang suara katun. Semua lagu kanak2 je ni.
Haziq mencari mama. Kalau dah nampak sekali mesti nak cari lagi. Kalau nak balik kene beritau kat dia kalo tak mencari saja.
Dah abis konsert balik naik bas pulak. Kelas Haziq balik dulu. Konsert lebih kurang sejam setengah.
Tunggu turn naik bas. Haqem pun menyibuk gak. hehe.. Batrisya je mama tak jumpa. Tapi nampak jugak dia kat bawah dengan kawan2. Cuma dapat lambai je. Seronok budak2 ni tengok konsert. Rasanya taun lepas punya lagi best kot. hehe..

No comments: