Sunday, October 24, 2010

Agar-agar Santan

Nak simpan resepi buat rujukan sendiri. Isk2 agar2 paling senang dan sedap nih! kali ni buat berjaya timbul tu yg syok sangat! hehe.. gambar lepas potong tak sempat la. ;)

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml santan
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang ke dalam acuan
  • Sejukkan

3 comments:

sue said...

Senang dan dah tentu2 sedap kan..heee

zmah said...

Memang sedap kalau disejukkan sebelum makan.

Asmara said...

Sue, mmg senang. cuba la buat. hehe..

zmah, hihi.. betul tu, tp skrg ni cuaca dah sejuk. letak kat luar je dah keras dan sejuk! :D