Thursday, October 21, 2010

Blueberry Cheesecake

Pertama kali mencuba cheesecake yang tak perlu bakar. selama ni dok buat yang bakar je, kali ni baru la nak try buat yang masuk esbok je. Memang sedap!! dah la senang. Buat masa jamuan tempohari. hihi.. sib baik dapat merasa sikit. cian hubby x dpt rasa, sekelip mata dah selesai. takpe nanti boleh buat lagi. ;)
Kek ni menggunakan gelatin, dah lama beli gelatin lebih setahun dah pun tak berusik, sib baik tak expired. Resepi dari dapur kak hana sifu masak memasak nih. hehe... mekasih ye kak kita cnp resepinya.

Bahan-bahan
Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
  • 80g biskut merie or etc
  • 50g butter - cairkan
Untuk Cheesecake
  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - saya guna blueberry jem
Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  • Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  • Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  • Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  • Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  • Potong dan hidangkan.

6 comments:

Don & Nor said...

wah...mmg sgt menarik tertarik kek tu mmg d bommmmm. rs nak cuba...tp bilakah??ekekeke..pe2hal kidnap resepi dulu.

Idayu said...

waaa..cntik! suka..suka..nk tnya la, mula2 buat base dia kan, pas tuh masukkn suma bhn2 ats base tuh..last sekali terbalikkn lah kalu nk kuarkn ek? soklannya, kalu nk bhgian cheese tuh kat ats, kita kena terbalikkn sekali lg la ek? hehehe paham ker soklan ni?

Asmara said...

Nor. ekekeke.. bila2 la ada masa coti panjang!! h

Kak Ayu, nak wat cheese cake ni kene pakai loyang spring form supaya senang dikeluarkan. kite dok tangguh2 nak wat sebb xde loyang ni la. ni baru rasmikan loyang baru. hehehe.. tapi boleh cuba kot guna loyang biasa, tp susah sikit la nak keluarkan. Kene keras betul base dia kot. hehe.. x penah cuba lak. Ada tips kata letak plastik keliling loyang supaya mudah nak dikeluarkan. Nak sng guna loyang spring form ni je kak. hehe.. harga dlm sen lebih jugak. gambate ye kak! :)

K.Nor said...

wahhh bila la k.nor nak pass buat ciskek nih..

fizah said...

cam sedap jer akak buat cheese cake...nak wat tp xreti nak cr brgler...

Asmara said...

Kak nor, hihi.. konpem pass la kalo akak buat. ;D

Fizah, ala boleh je. lg senang kat sana. kedai jual brg kek byk, murah dan halal. hehe..