Sunday, October 24, 2010

Kuih Puteri Ayu

Dah lama ala2 mengidam nak makan dan buat kuih puteri ayu nih. Akhirnya dapat jugak buat setelah acuan selamat sampai ke rumah kami ni. hehe.. teruja sungguh nak try. Kuih ni dibuat sempena Jamuan Raya (dah abis raya pon) semalam. Kami kat sini baru hegeh2 nak buat jamuan sebab adik2 kat sini bz lak tiap minggu. Nanti2 masuk citer jamuan raya tu. hehe.. resepi dari sini, mekasih tuan punya resepi. :)

Bahan-bahan ( 55 biji )

4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi

Cara-cara
1. Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. 7. Kukus selama 5 minit.

2 comments:

zila said...

akak, nk tny..akak beli katne ek acuan utk kuih ni..

Asmara said...

Zila, maaf eh akak pon tak pasti kat kedai mana. Family kat mesia yg belikan. Rasa kat kedai kek atau supermarket ada kot. hehe..