Tuesday, August 17, 2010

Nasi Tomato

Alhamdulillah semalam buat kenduri berbuka puasa di rumah. Jemput adik2 dan 2 warga Indonesia yang berpuasa di sini. Menu utama untuk hari ke enam berpuasa adalah nasi tomato. Dah banyak kali buat jugak nasi tomato ni sebab senang je. Menu lain kek batik coklat, karipap, pengat pisang dan air sirap.
Kene buat jamuan awal sebab adik2 ramai yang nak balik m'sia. Itupun ramai jugak yang dah balik. Seronoknya nak balik berpuasa dan beraya di M'sia! Rasa nak ikut je, huhu..

Resepi nasi ambil dari buku resepi Kompilasi Hidangan Nasi yang dikirim oleh adik dari m'sia. Oh ye ini kali pertama saya buat dalca daging, nanti letak next post. :)

Bahan-bahan,
4 cawan beras Basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair (guna fresh milk)
1/2 kiub ayam

Bahan Tumis,
1 biji bawang besar - kisar
1 biji tomato - kisar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
5 sudu butter
4 sudu tomato puree
1 sudu garam

Cara-cara,
  • Panaskan butter (gunakan periuk nasi elektrik) atas api gas
  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih lawang dan buah pelaga
  • Masukkan bawang dan tomato
  • Tumis hingga kuning
  • Masukkan tomato puree, beras dikuti air dan susu.
  • Gaul sebati masukkan bahan perasa dan daun pandan
  • Tutup api, angkat periuk masakkan seperti biasa menggunakan elektrik.

3 comments:

cplud miera said...

wah..nmpk sedap..sy blom pnh lg wat ns tomato..leh try ni

SYaMiLa said...

salam kenal..

hmm...bestnya nasi tomato..nanti nk buatla..harap2 menjadi la..sya ni selalu kantoi kt dapur...he3...

Asmara said...

Miera, senang je boleh buat punya. hehe..

Syamila, oh mesti boleh, yang penting nasik tu masak. hehe..