Thursday, August 26, 2010

Murtabak Mee

Dah lama tak makan murtabak mee, biasanya orang buat guna meggie, tapi sebab stok meggie memang tak ada kat rumah jadi tukarkan kepada mee. Tengok kak emi chiba buat tu yg teringat2 jugak nak makan. Murtabak meggie ni selalu jugak buat masa sekolah. Sebab ini yang paling senang dimasak. Kalau dulu buat gunakan meggie perencah kari dan 2 biji telor saja, rebus mee meggie tu pastu bancuh dengan perencah dan telor kemudian digoreng. Punyalah sedap sampaikan adik buat jualan kat sekolah dan sangatlah laku dibeli. hihi..
Murtabak mee ni saya masak tak sampai 15 minit pun untuk supper, makan dengan mayonis dan sos lagi enak! Sesuai untuk orang yang terkejar2 masa dan sentiasa kelaparan macam saya. hahah..

Bahan-bahan,
1 bungkus mee (1 orang makan)
2 biji telor
1 sudu serbuk kari
1/2 biji bawang besar
sedikit garam
Sosej, crab stick, ayam (optional)- saya guna crab stick je.
Daun bawang -potong halus

Cara-cara,
1. Potong dadu bawang besar dan crab stick.
2. Pecahkan telor dan campur semua bahan
3. Goreng atas kuali non stick dengan sedikit minyak
4. Balikkan hingga masak.

4 comments:

Unknown said...

hahaha..lawaklah as, sentiasa kelaparan ker? Akak pun baru gak buat murtabak meggi 3 hari lepas untuk budak2 ni

Asmara said...

kak yus! hehe.. maklum la susukan budak, lepas susu je mula la rasa lapar. sib baik pose dpt kurangkan aktiviti makan. hahaha..

kew_chop said...

sedapnya. nak try la coz mee kuning balance mkn mee kari semalam ada lagi.. thanks yea resepi..

Asmara said...

Murni, sng je kan, buat macam murtabak, tp kene tunggu lama sikit biar belah bawah tu masak baru terbalikkan. kalo x nanti bersepai la murtabak mee tu. hehe.. gambate!