Wednesday, August 25, 2010

Cendol Susu!

Percubaan membuat cendol. Tengok sana sini ada orang buat cendol teringin jugak tu. Malam tadi punya projek. Mula tengok kat kak hana pastu tengok ika pun buat terus macam terliur pulak. Pastu tengok nak buat pun senang.
Cendol yang siap dalam masa 1/2 jam. Bahan semua ada tapi acuan xde la, guna periuk kukus tu. hehe.. jadikla rupa itu. Macam baru perasan lak sejak puasa ni banyak pulak buat kuih guna kaler hijau ni. hihi..
Dah siap! Sedapnya minum masa panas2 ni. Saya guna susu segar rasa lebih sedap dan cepat! Jadiklah cendol susu, jimat santan kat rumah. hehe.. Resepi cendol kita cnp dari rumah ika. Terima kasih ye ika! :)

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

6 comments:

~ yus ~ said...

Mak aii..As bulan2 posa ni asyik masak yg sedap2 jer eh....balik Mesia dah boleh jadi chef ni..hehe.

Asmara said...

kak yus! menajamkan skill. hehe.. balik mesia ntah dapat tak hari2 masak nnti. huhu...

my balqis said...

adeh kak as, yg nie mmg xthn, bud baru je ckp teringin nk minum cendol, hehe tp nak membuatnye tu yg xtau, kene wat gakla pasni, sure lega dpt teguk time panas2

Asmara said...

Ayu, mula2 tengok cam susah je, tp rupanya senang giler! hehe.. kene buat tu ayu dah bud teringin. hihi..

Juwita Jamaludin said...

salam as.. wah nak cendol.. hihii nak buat tapi takut jadi rapuh la.. ada petua tak nak bagi jangan rapuh nak seketul tu.. ita buat dulu kadang cepat je dia lembik dulu buat jadi... baru2 ni buat dia lembik sikit.. huhuhu..sagu tu ada kat baticrom la.. ita pernah beli nama dia tapioca kalau tak silap..

Asmara said...

Ita, ada eh kat baticrom. tu la nama yg x tau. hihi..thanks tau! cendol tu letak air kapur kot baru dia keras sikit. buat yg ni ok, tp bila dah seharian dia lembik sikit dan patah (maybe sebb tepung beras jepun ni struktur dia peroi sikit). tapi masih ok untuk minum. ada yg letak tepung jagung kan? boleh refer kat resepi lain jugak kot. :)